BACHOK | Seorang warga emas berusia 68 tahun ditemui mati di dalam perigi di kawasan rumahnya di Kampung Bekelam hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan 8.30 pagi tadi.


Ketua Balai, Yus Heary Mahmud yang mengetuai operasi bersama sembilan kekuatan mendapati seorang warga emas perempuan dikhuatiri mati lemas di dalam perigi.
Katanya, operasi menyelamat dilakukan anggota bomba dan berjaya mengeluarkan mangsa perempuan bernama Gan Lang Eng jam 9:55 pagi.
“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat 10.18 pagi,” katanya.
Takziah dan didoakan semoga keluarga mendiang tabah.