Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Calon PM, TPM Umno: Annuar kongsi gambar bersama Hisham, Ismail Sabri, KJ
    Politik

    Calon PM, TPM Umno: Annuar kongsi gambar bersama Hisham, Ismail Sabri, KJ

    adminBy admin01/04/2021Updated:01/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Umno akan memilih calon perdana menteri (PM) dan timbalan perdana menteri (TPM) sekitar Jun ini, menerusi pemilihan oleh ahli Umno di akar umbi, kata bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa.

    Kata ahli parlimen Ketereh itu, ramai pihak bertanya kepadanya tentang siapakah calon daripada Umno bagi dua jawatan penting itu menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.

    “Perlembagaan Umno menetapkan tempoh memegang jawatan dihadkan kepada tiga tahun sahaja. Pemilihan yang lalu pada 30 Jun 2018. Tamat tempoh tiga tahun (ialah) pada Jun 2021.

    “Sebagai parti yang kuat berpegang kepada peraturan, dan amat kuat bergantung pada suara akar umbi, kita tidak teragak-agak utk menyerahkan semula kepada akar umbi menentukan kepimpinan. “Insya-Allah, calon PM dan TPM dari Umno akan diputuskan sekitar Jun ini menerusi pemilihan oleh ahli Umno sendiri.

    “Umno akan memilih seorang presiden dan seorang timbalan presiden yang mempunyai segala sifat dan kelayakan yang sesuai memikul tugas sebagai PM (dan) TPM, apabila tiba masanya. Allah SWT menentukan segalanya,” katanya di Facebook. Meskipun tidak menyebutkan sebarang nama, Annuar memuat naik gambar-gambarnya bersama beberapa tokoh Umno pada hantaran berkenaan.

    Antaranya bersama Hishammuddin Hussein, Ismail Sabri Yaakob, Shahidan Kassim, Khairy Jamaluddin dan gambar terakhir, Annuar bersendirian bersama pegawai-pegawainya.

    Bagaimanapun, tiada satu pun gambar presiden sekarang, Ahmad Zahid Hamidi dan timbalan presiden, Mohamad Hasan yang dikongsi Annuar.

    Dari 1956 sehinggalah 2018, semua perdana menteri dan timbalan perdana menteri datang daripada Umno, dengan lazimnya, jawatan perdana menteri diisi oleh presiden Umno manakala timbalan perdana menteri diisi timbalan presiden Umno.

    Pada 2018, Mahathir Mohamad yang pernah menjadi perdana menteri Umno sebelum itu, dilantik menjadi perdana menteri buat kali kedua, sebelum diganti Muhyiddin Yassin pada 2020, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri ketika berada dalam Umno.

    Umno yang baru menamatkan perhimpunan agungnya Ahad lalu, kini berdepan perbezaan pendapat antara tokoh utamanya.

    Sebahagian mahu menangguhkan pemilihan parti, dan sebahagian menggesa agar pemilihan tetap diadakan seperti dijadualkan, antaranya untuk menyelesaikan perpecahan yang dikatakan berlaku di dalam Umno. – MALAYSIAKINI

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKetua Penerangan Wanita Umno pula gesa pemilihan segera
    Next Article Bekalan air di 3 wilayah di Selangor pulih sepenuhnya
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.