Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ketua Penerangan Wanita Umno pula gesa pemilihan segera
    Politik

    Ketua Penerangan Wanita Umno pula gesa pemilihan segera

    adminBy admin01/04/2021Updated:01/04/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Setelah beberapa tokoh Umno, termasuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta agar pemilihan parti diadakan segera, Ketua Penerangan Wanita Umno pula tampil membuat gesaan serupa.

    Norshida Ibrahim, berkata pemilihan itu perlu diadakan seperti yang dijadualkan bagi membolehkan perpaduan dalam parti dikembalikan.

    “Saya setuju dengan kenyataan Khairy mengatakan kita kena adakan pemilihan dalam masa terdekat untuk kita kembalikan semula kemuafakatan di dalam parti.

    “Benda itu (pemilihan), kita nak ke tak nak, suka atau tak suka, kita kena buat. Mungkin pihak presiden atau pihak parti boleh memohon untuk kita tangguh, tetapi kita tak tahu apa jangkaan yang akan berlaku. “Sebab kita ini adalah kerajaan campuran (bukan kerajaan utama). Jadi yang sebaiknya, saya rasa lebih elok kita fokuskan kepada pemilihan untuk kita pilih pemimpin-pemimpin baru.

    “Kita mahukan seseorang yang betul-betul berkaliber untuk menjadi ketua kita, pemimpin kita di dalam parti,” katanya kepada media ketika ditemui semalam.

    Sebelum ini, beberapa tokoh di dalam Umno, seperti Khairy, Shahidan Kassim dan Annuar Musa membuat gesaan agar pemilihan Umno tidak ditangguhkan, sebaliknya dijalankan mengikut jadual asal, iaitu Jun ini. Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan pula berkata pemilihan Umno akan dilaksanakan sekiranya tiada pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini.

    Bekas presiden Umno, Najib Razak pula berpendapat pemilihan sebelum PRU-15 boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain.

    Untuk rekod, pemilihan Umno perlu diadakan setiap tiga tahun dengan kali terakhir Umno mengadakan pemilihan ialah pada 30 Jun 2018. Tempoh mandat kepimpinan Umno sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021.

    Bagaimanapun, Perlembagaan Umno juga membenarkan Majlis Teringgi (MT) untuk menangguhkan pemilihan bagi tempoh tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh pemilihan sepatutnya diadakan.

    Norshida berkata, bagi membolehkan pemilihan diadakan pada Jun ini, cawangan-cawangan sepatutnya sudah boleh menjalankan mesyuarat pada bulan ini bagi menamatkan konflik dalaman dan ketidakpuasan hati di peringkat cawangan.

    “Pemilihan ini adalah di tangan perwakilan-perwakilan di setiap cawangan. Kita bagi mandat kepada mereka untuk memilih calon yang kita rasa boleh memegang parti kita,” katanya lagi. Katanya, pemimpin yang dipilih haruslah boleh membawa suara rakyat dan suara serta kepercayaan anak muda, bagi menarik sokongan golongan itu untuk menyokong Umno.

    Sebelum ini, desas-desus timbul bahawa Umno dijangka menangguhkan pemilihan partinya sebagai persediaan mengahadapi PRU-15 yang diramal sesetengah pihak akan berlaku selepas tamat darurat 1 Ogos nanti.

    Usul itu dikatakan telah dibawa ke mesyuarat MT pada Februari lalu, namun, keputusan mengenainya dikatakan ditangguhkan sehingga selepas PAU 2020 yang baru melabuhkan tirai Ahad lalu.

    Umno dilihat menghadapi kemelut dalaman antara dua kumpulan berhubung hala tuju parti itu.

    Ia mencetuskan istilah ‘kluster mahkamah’ – pemimpin yang berdepan pertuduhan di mahkamah, termasuk presiden Ahmad Zahid Hamidi – dan ‘kluster menteri’ – yang berada di dalam kabinet Muhyiddin Yassin dan dikatakakan menyokong kerjasama dengan Bersatu di dalam PN.

    Bagaimanapun, PAU 2020 telah memutuskan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan untuk keluar daripada kerajaan PN, tetapi menyerahkan kepada Ahmad Zahid untuk menentukan garis masanya. MALAYSIAKINI.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSetiausaha Negara AS bincang dengan Hisham
    Next Article Calon PM, TPM Umno: Annuar kongsi gambar bersama Hisham, Ismail Sabri, KJ
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.