Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Polis Indonesia tembak mati wanita bersenjata disyaki pengganas
    Uncategorized

    Polis Indonesia tembak mati wanita bersenjata disyaki pengganas

    adminBy admin01/04/2021Updated:01/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JAKARTA: Seorang wanita bersenjata disyaki pengganas, ditembak mati selepas melepaskan enam das tembakan di kawasan Mabes Polri (ibu pejabat polis Indonesia) di Jakarta, semalam.

    Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo, berkata suspek berusia 25 tahun itu memasuki kawasan Mabes Polri kira-kira jam 4.30 petang.

    “Suspek masuk melalui pintu belakang sebelum melepaskan empat tembakan di satu pos kawalan di Mabes Polri dan dua das tembakan terhadap anggota polis di kawasan berkenaan.

    “Anggota polis kemudian bertindak menembak suspek,” katanya pada sidang media, malam tadi, namun tidak memaklumkan jenis senjata api digunakan wanita itu. Tiada anggota polis dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian berkenaan.

    Hasil siasatan awal mendapati suspek dikenali dengan singkatan ‘ZA’, mempunyai ideologi fahaman pertubuhan pengganas Daesh dan merupakan bekas mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi.

    “(Hasil siasatan awal mendapati suspek) juga melakukan hantaran dalam akaun Instagramnya dalam tempoh 21 jam lalu, yang memuat turun bendera Daesh.

    “Selain itu dalam aplikasi ‘WhatsApp Group’ keluarganya, suspek juga mengucapkan pamit (selamat tinggal),” katanya.

    Sejak beberapa hari selepas kejadian bom bunuh diri di luar sebuah gereja di Makassar, Sulawesi Selatan, Isnin lalu, polis Indonesia mengadakan operasi besar-besaran untuk memburu jaringan pengganas di seluruh Indonesia.

    Setakat ini, Listyo berkata, 23 suspek pengganas telah ditahan di beberapa kota di Indonesia, termasuk lima di Jakarta. – BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article15 juta dos vaksin J&J didakwa rosak
    Next Article NZ tarik darjah kebesaran seorang ahli perniagaan
    admin
    • Website

    Related Posts

    AUKUS: Malaysia Sedia Kukuh Kerjasama Dengan Indonesia, Negara Serantau

    18/10/2021

    Gembira, sebak setelah tiada lagi SJR

    12/10/2021

    Banyakkan program kesedaran minyak masak terpakai

    11/10/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.