Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Polis Pantau Perkembangan dan Pengaruh Daesh
    Am

    Polis Pantau Perkembangan dan Pengaruh Daesh

    adminBy admin01/04/2021Updated:01/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau perkembangan dan pengaruh Daesh di negara ini, susulan insiden pengeboman di luar gereja dekat Makassar, Indonesia yang dikaitkan dengan anggota kumpulan pelampau.

    Memetik Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, isu berkaitan agama perlu ditangani dengan serius bagi mengelakkan dieksploitasi pihak tertentu sehingga mencetuskan sentimen kebencian dan menggugat keselamatan negara.

    “Kejadian di Makassar itu amat mengejut dan menyedihkan. PDRM memerhati perkembangan ini dengan serius dan sentiasa memantau perkembangan pengaruh militan itu.

    “Amat berbahaya kepada keselamatan negara sekiranya isu berkaitan agama ini dieksploitasi sehingga mencetuskan sentimen kebencian,” katanya.

    Media melaporkan, pengeboman bunuh diri di luar gereja di Makassar Indonesia Isnin lalu, dilakukan oleh dua anggota kumpulan pelampau Daesh yang dipersalahkan atas letupan gereja lain, termasuk serangan maut di Filipina pada 2019.

    Kira-kira 20 penganut Kristian cedera akibat letupan kuat di luar gereja bandar Makassar di Sulawesi ketika mereka menyambut permulaan Minggu Suci. Selain itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyifatkan serangan di Makassar sebagai satu keganasan kejam dan pengecut.

    Agensi berita Xinhua melaporkan, Majlis Keselamatan PBB mahu pelaku bertanggungjawab, penaung serta penaja serangan pengganas itu perlu dibawa ke muka pengadilan.

    Badan dunia itu menggesa semua pihak bekerjasama dengan kerajaan Indonesia menangani isu itu.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAnnamah berusia 110 tahun pegang rekod wanita tertua di Malaysia
    Next Article Pelaksanaan Spesifikasi Diesel Euro 5 Hari Ini
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.