Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » SEIP terima RM940 ribu laksana program keusahawanan nasional
    Am

    SEIP terima RM940 ribu laksana program keusahawanan nasional

    alisha natashaBy alisha natasha01/04/2021Updated:01/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) menerima peruntukan RM940,000 dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membangunkan syarikat pelajar berteraskan produk inovasi melalui Projek Keusahawanan Nasional: Structured Entrepreneurial Incubator Program (SEIP).

    Pengarah Kanan UMKEI, Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata, UMK diberi kepercayaan oleh KPT untuk menjayakan projek SEIP dengan menyasarkan melahirkan 200 orang usahawan pelajar dan daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 40 syarikat pelajar dapat diterbitkan.

    Menurutnya, sasaran tersebut selari dengan hasrat KPT pada teras ketiga dalam Pelan Tindakan Keusahawanan 2021 – 2025 untuk melahirkan lebih ramai usahawan graduan yang berinovatif dan kreatif yang berfokus kepada ‘opportunity driven entrepreneur, instead of necessity driven entrepreneur’.

    “Dengan memenuhi misi ini, SEIP akan menyumbang kepada pembangunan usahawan, penciptaan pekerjaan, dan memberikan peningkatan ekonomi negara sejajar dengan dasar kerajaan Malaysia menjadi negara keusahawanan pada tahun 2030.

    “Pada peringkat awal telah berlangsung beberapa pertemuan secara atas talian dan pada hari ini buat pertama kalinya, 60 peserta melibatkan ketua-ketua projek daripada 10 inkubator terpilih bersama-sama pensyarah pembimbing dan usahawan pelajar bertemu-mata secara fizikal di UMK.

    “Ia melalui program SEIP Bootcamp 1: Market Inteligence, VOICE Canvas and Business Confidence,” katanya pada Majlis Perasmian SEIP oleh Pengarah Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT, Redhauddin Kamaruzaman di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan, di sini.

    Foto UMK

    Turut hadir, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan (CEED), Prof Madya Dr Mohammad Ismail dan Pengarah Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME), Dr Anis Amira Ab Rahman.

    Pada majlis itu, Redhauddin turut menyempurnakan majlis penyampaian watikah pelantikan kepada Nik Maheran selaku Ketua Projek SEIP manakala Prof Madya Dr Mohammad sebagai Timbalan Ketua Projek SEIP serta kesemua 10 Ketua Projek Inkubator yang terlibat.

    Ia melibatkan Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor dan Kelantan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Politeknik Muadzam Shah Pahang serta Politeknik Melaka.

    Bootcamp pertama Projek SEIP itu diadakan bermula 26 hingga 29 Mac 2021 yang mana peserta didedahkan dengan empat model utama termasuklah Product Positioning and Pricing, VOICE Canvas and Business Pitching, Business Confidence and Leadership dan Market Intelligence and Product Demand.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKetua UMNO Bahagian Pasir Puteh letak jawatan pengerusi syarikat milik Kesedar
    Next Article Tawaran Kerajaan Selamatkan Rakyat: Islam Membina Insan Berintegriti
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.