Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Umno hilang lebih banyak kerusi jika bersendirian’ – PAS
    Politik

    Umno hilang lebih banyak kerusi jika bersendirian’ – PAS

    adminBy admin01/04/2021Updated:01/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Pemimpin PAS berpandangan Umno dijangka kehilangan lebih banyak kerusi sekiranya bertanding secara bersendirian pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

    Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah secara peribadi berkata ia susulan penolakan yang dihadapi parti itu pada pilihan raya umum lalu.

    “Saya jangka dengan keadaan yang ada hari ini Umno akan hilang lebih banyak kerusi jika bertanding secara bersendirian. “Sebab itu kita nak ketiga-tiga parti ini bersama, dan kita selesaikan isu-isu yang jadi pertikaian, kita cuba selesaikan setakat yang mampu,” katanya.

    “Kita ambil kayu ukur pilihan raya sebelum ini, (berlaku) penolakan apabila Umno dengan kepimpinan yang ada dan kepimpinan Umno masih kekal.

    “Kepimpinan yang ada ini kepimpinan yang telah ditolak baru-baru ini,” katanya kepada media pada sidang media selepas majlis prapelancaran Projek Solar Terapung Danau Tok Uban, di Pasir Mas, hari ini.

    Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Umno untuk tidak bersama Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 akan datang.

    Terdahulu Umno dilaporkan membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.

    Sementara itu Mohd Amar berpendapat, majoriti orang Umno sama ada pimpinan dan ahli bawahan lebih suka parti itu bersama PAS dan Bersatu.

    “Majoritinya nak kekal dalam tiga parti, kita harap suara ini akan mengubah keadaan, saya nampak segelintir saja yang tak setuju.

    “Umno ini kena susun balik, kalau dia (Umno) pergi dengan macam itu, pandangan saya dia tak boleh pergi jauh,” katanya sambil menegaskan usaha untuk memulihkan hubungan Umno dan Bersatu masih berjalan.

    Diitanya mengenai perkembangan dalam PN katanya PAS dan Bersatu akan mempertahan dan mengukuhkan kerjasama dalam PN dan meneruskan hubungan dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN).

    “Hubungan kita (PAS) dengan Umno masih berjalan dalam Muafakat Nasional. Cuma komitmen kita, kita nak kedua-dua. Dengan Umno pun kita nak bekerjasama dan dengan Bersatu pun kita nak kerjasama.

    “Sebab kita melihat dari segi keperluan politik yang ada. Dalam tinjauan dan kajian yang kita buat tiada parti yang boleh berdiri sendiri,” jelasnya. MALAYSIAKINI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKajian Jalan Pintasan Kurang Kesesakan di Cameron Highlands
    Next Article PAS Kelantan akan terus damaikan UMNO dan BERSATU
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.