Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Janji PN Selangor Selesai Isu Air Dalam Tempoh Dua Tahun Selepas Menang PRU-15
    Politik

    Janji PN Selangor Selesai Isu Air Dalam Tempoh Dua Tahun Selepas Menang PRU-15

    adminBy admin02/04/2021Updated:02/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM | Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada masalah air kepada penduduk negeri ini jika PN Selangor menang dengan majoriti lebih dua pertiga dalam PRU-15 nanti.

    Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Selangor merangkap Ahli Pimpinan Tertinggi, Datuk Abdul Rashid Asari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang.

    Beliau berkata, setelah sekian lama dengan beberapa kali melalui PRU, isu air yang melanda penduduk Selangor masih belum selesai hingga menyukarkan kehidupan harian termasuk pengusaha industri.

    Menurut Abdul Rashid, sudah tiba masanya rakyat menerima tawaran PN Selangor yang menjanjikan penyelesaian total kepada masalah air ini jika diberi mandat oleh rakyat dalam PRU-15.

    “PN tidak menjanjikan wang ringgit atau kekayaan, namun yang lebih penting adalah penyelesaian kepada isu air yang membebankan rakyat termasuk pengusaha industri dan pekedai.

    “PN hanya meminta rakyat memberi mandat dan dengan kemenangan lebih dua pertiga dalam PRU nanti, kami berjanji untuk menyelesaikan isu air.

    “Jika PN Selangor menang lebih dua pertiga, adalah juga penting pentadbiran di peringkat persekutuan juga perlu dimenangi oleh PN bagi memudahakan penyelarasan penyelesaian isu air ini.

    “Ini janji dan kesungguhan PN, berilah kami peluang dan percayalah dengan kesungguhan kami atas faktor integriti,” katanya.

    Selangor setiap tahun mengalami masalah isu air terutama berkaitan terputus bekalan, air tercemar, gangguan bekalan air dan sebagainya.

    Sepanjang masa rakyat Selangor merungut mengenai isu air, tambahan pula pihak berkuasa terbabit perlu membelanjakan peruntukan yang besar bagi menangani isu berkenaan.

    Abdul Rashid berkata, rakyat Selangor perlu memberi peluang kepada PN menyelesaikan isu air berkenaan dan parti-parti yang memerintah Selangor sebelum ini gagal berbuat demikian.

    “PN mempunyai formula untuk menyelesaikan isu air ini dan yang penting percaya serta beri peluang kepada PN untuk mentadbir negeri ini dan seterusanya kami akan dapat mencari jalan penyelesaian.

    “Perlulah diingat bahawa Selangor sebuah negeri yang kaya dan melalui kekayaan itu boleh digunakan untuk menyelesaikan isu air dan langkah ini dijamin tidak menyusahkan rakyat.

    “Sebahagian kekayaan Selangor boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah air di negeri ini.

    “Sehubungan itu, tumpuan PN Selangor jika menang PRU-15 ialah menyelesaikan isu air dialami oleh rakyat dan pada masa yang sama penyelesaian itu tidak akan menyusahkan rakyat,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePAS akan bawa ke Majlis Syura untuk teliti hubungan dengan UMNO
    Next Article UMK berusaha lahir ramai usahawan pelajar
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.