Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Korea Selatan tumpaskan kartel dadah hasil kerjasama polis Malaysia
    Global

    Korea Selatan tumpaskan kartel dadah hasil kerjasama polis Malaysia

    adminBy admin02/04/2021Updated:02/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Seoul | Pendakwaraya Korea Selatan menumpaskan kartel dadah antarabangsa dan mengesan kemudahan pembuatan dadah itu dengan kerjasama polis Malaysia, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pegawai semalam.

    Pejabat Pendakwaraya (SPO) berkata, pihaknya bekerjasama dengan pejabat kastam untuk merampas 16.4 kilogram metamfetamin yang dihantar dari Malaysia ke negara ini pada Januari hingga Mac serta berkongsi maklumat jenayah dan modus operandi penyeludupan dadah dengan polis Kuala Lumpur.

    Berdasarkan risikan, polis Malaysia menahan 13 anggota sindiket dadah antarabangsa dan turut merampas dadah bernilai 5.42 bilion won (AS$4.78 juta), termasuk 64 kilogram (kg) ketamin dan 12.2 kg metamfetamin.

    Menurut SPO, seorang daripada anggota kartel yang ditahan didapati telah menyeludup 8.2 kg dan 7.6 kg metamfetamin yang dirampas pejabat pendakwa daerah Incheon dan Cheongju, pada Januari tahun lalu.

    Jumlah rampasan metamfetamin yang dihantar dari negara Asia Tenggara meningkat dengan mendadak dari 3.6 kg pada 2020 kepada 16.4 kg pada suku pertama tahun ini. Pada 2018 dan 2019, sejumlah 40 kg dadah dirampas.

    Kes keldai dadah menggunakan pengangkutan udara menurun kerana prosedur imigresen yang diperketat ketika pandemik, tetapi kes penyeludupan melalui penghantaran antarabangsa atau Express Mail Service (EMS), yang disorok dalam pakaian atau makanan menunjukkan peningkatan.

    Untuk mengekang jenayah itu, langkah pengawasan terhadap penghantaran dari Malaysia dan berkongsi maklumat pengirim, dengan polis asing.

    “Sekiranya penangkapan kartel dadah baru-baru ini tidak berjaya, lagi banyak jenayah mungkin berlaku di Korea,” kata SPO.

    Justeru, menurut SPO adalah penting untuk mencegah jenayah narkotik rentas sempadan kerana kebanyakannya masuk dari luar negara .

    SPO juga sedang menjalankan siasatan bersama dengan Thailand dan merancang memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa penyiasatan Laos untuk menyekat penyeludupan dadah ke Korea.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article41 penumpang maut, kereta api tergelincir di Taiwan.
    Next Article MAQIS tahan 1.6 tan makanan kucing tanpa permit sah
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.