Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » MN akhirnya berkecai, kata Annuar Musa
    Politik

    MN akhirnya berkecai, kata Annuar Musa

    alisha natashaBy alisha natasha02/04/2021Updated:02/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Muafakat Nasional (MN) yang dibina antara UMNO dan PAS berkecai, kata bekas Setiusaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menerusi siaran Facebook miliknya hari ini.

    Beliau berkata, kehancuran MN yang dimaterai sebelum ini akibat pendirian beberapa pemimpin tertinggi lebih utamakan agenda peribadi berbanding parti.

    “Sejak berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 Ahad lalu,satu demi satu berita negatif menghimpit UMNO,baik dalaman mahu pun luaran.

    Malah tinjauan kalangan rakyat biasa jelas tidak berpihak pada pimpinan parti, manakala dalaman parti juga tidak bertambah kuat.

    “Kenyataan PAS hari ini tentang kedudukan MN sudah di duga. MN berkecai akibat pendirian beberapa ‘kerat’ pemimpin tertinggi yg meletakkan strategi peribadi mengatasi keputusan parti sendiri,” katanya.

    Menurut Ahli Parlimen Ketereh, malah kebocoran maklumat kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengakibatkan UMNO tidak dipercayai parti lain.

    “Meskipun ada percubaan menyembunyikan perkara itu,ia tetap di hidu oleh semua. Apa yang pasti dasar ‘No Anwar’ dan ‘No DAP’ yang turut menjadi dasar MN telah dilanggar oleh pemimpin parti yang kini membawa kepada luka dan tercederanya MN.

    “UMNO perlu segera di rawat, mencari penawar daripada di racun dari dalam oleh pimpinan sendiri. Nakhoda sendiri sedang menenggelamkan bahtera yg di layari.

    “Kita belum terlambat.UMNO masih boleh di selamat. Buang dendam kesumat, jangan lagi berkata kesat. Kawan jangan dilipat-lipat serta jangan angkuh dengan pangkat. Muafakat itu lebih berkat,” serunya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUMK berusaha lahir ramai usahawan pelajar
    Next Article Ibu simpan cebisan paru-paru anak kena tikam
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.