KUALA LUMPUR | Penonton saluran TV1 teruja dan kagum dengan kemunculan istimewa Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman yang mencemar duli menyampaikan berita di slot Berita Perdana Khas pada jam 8 malam tadi.
Ia sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang ke-75.
Baginda tampil kira-kira selama 15 minit dalam slot berita yang menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.
Penampilan khas Tengku Permaisuri Selangor mengejutkan penonton saluran TV1 yang memuji dan kagum dengan baginda yang mencemar duli menyampaikan berita.
Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang.