Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » UMK berusaha lahir ramai usahawan pelajar
    Am

    UMK berusaha lahir ramai usahawan pelajar

    adminBy admin02/04/2021Updated:02/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) berusaha melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan pelajar.

    Pengarah Kanan UMKEI, Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata, UMK diberi peruntukan sebanyak RM940,000 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menjayakan program tersebut.

    Katanya, peruntukan itu untuk membangunkan syarikat pelajar berteraskan produk inovasi melalui Projek Keusahawanan Nasional: Structured Entrepreneurial Incubator Programs (SEIP).

    Katanya, projek berkenaan menyasarkan melahirkan 200 usahawan pelajar.
    “Kita menyasarkan daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 40 syarikat pelajar dapat dilahirkan,” katanya pada perasmian SEIP di sini baru-baru ini.

    Program berkenaan dirasmikan Pengarah Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT Redhauddin Kamaruzaman.

    Turut hadir Pengarah Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan (CEED) Prof Madya Dr Mohammad Ismail dan Pengarah Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) Dr Anis Amira Ab Rahman.

    Dr Nik Maheran juga berkata, SEIP akan menyumbang pembangunan usahawan, penciptaan pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara sejajar dengan dasar kerajaan menjadi negara keusahawanan pada 2030.

    Kata beliau pada kali ini seramai 60 peserta dipilih yang terdiri daripada ketua-ketua projek melibatkan 10 inkubator.

    Mereka dipilih bersama pensyarah, pembimbing dan usahawan pelajar bertemu mata secara fizikal di UMK melalui program SEIP Bootcamp Market Inteligence, VOICE Canvas and Business Confidence.

    Ketua Projek Inkubator yang terlibat iaitu UMK, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Politeknik Muadzam Shah Pahang dan Politeknik Melaka.

    Redhauddin pula berkata, KPT sentiasa memberi sokongan yang padu terhadap sebarang aktiviti yang memberi manfaat kepada pelajar, universiti dan masyarakat. – HARAKAH

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJanji PN Selangor Selesai Isu Air Dalam Tempoh Dua Tahun Selepas Menang PRU-15
    Next Article MN akhirnya berkecai, kata Annuar Musa
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.