Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Datuk Seri, wanita hamil antara dikompaun di pusat hiburan
    Am

    Datuk Seri, wanita hamil antara dikompaun di pusat hiburan

    alisha natashaBy alisha natasha03/04/2021Updated:03/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BUKIT MERTAJAM | Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan seorang wanita hamil lima bulan bersama suaminya antara 32 individu yang dikompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Gemilang, di sini, tengah malam tadi.

    Sebagaimana dilaporkan Berita Harian, dalam serbuan Op Noda pada jam 12.05 tengah malam itu, terdapat 32 individu didapati sedang leka berhibur dalam premis berkenaan.

    Ketika pemeriksaan terdapat lelaki bergelar Datuk Seri berusia 60 tahun yang sedang menyambut hari lahir rakannya di sebuah bilik khas dalam pusat hiburan terbabit.

    Pemeriksaan lanjut di bilik berasingan mendapati seorang wanita hamil lima bulan sedang berhibur dengan suaminya.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata keseluruhannya terdapat 32 individu berusia lingkungan 20-an hingga 60-an dalam pusat hiburan berkenaan.

    “Pemeriksaan mendapati kesemua individu itu hadir untuk berhibur termasuk ada yang mengadakan sambutan hari lahir.

    “Kesemua mereka dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 mengikut Peraturan 19(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No4) 2021 (Akta 342),” katanya hari ini.

    Beliau berkata, polis turut menahan seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan seorang pekerja wanita warga Vietnam mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/1963
    kerana tinggal di Malaysia tanpa permit sah.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIbu simpan cebisan paru-paru anak kena tikam
    Next Article Debey mung Mek!
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.