Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Presiden BERSATU hadir mesyuarat MPT
    Politik

    Presiden BERSATU hadir mesyuarat MPT

    adminBy admin03/04/2021Updated:03/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Ketibaan Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin untuk mempengerusikan Mesyuarat MPT di Rumah Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    OLEH SITI AINIZA KAMSARI

    KUALA LUMPUR | Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tepat pada pukul 3 petang, hari ini.

    Beliau yang juga Perdana Menteri, hadir pada pukul 2.55 petang pada mesyuarat yang berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini.

    Kehadiran beliau disambut Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu.

    Yang kelihatan turut hadir, Naib Presiden, Datuk Radzi Jidin dan Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

    Hadir sama, Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun serta ahli MPT termasuk Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    Mesyuarat MPT hari ini difahamkan untuk membincangkan mengenai keputusan parti UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihanraya Umum ke 15.

    Mereka juga dijangka membincangkan mengenai kenyataan tawaran dari Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Bersatu.

    “PAS mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu, Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

    “Selain itu juga bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara.” Katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUcapan penuh Perdana Menteri pada perhimpunan Agung MIC
    Next Article Kerjasama Politik: Perlu Ikhlas Dan Jujur, Bukan Retorik Lakonan
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.