Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tun Faisal pertikai kehadiran Tengku Adnan ketika keputusan gantung keahliannya
    Politik

    Tun Faisal pertikai kehadiran Tengku Adnan ketika keputusan gantung keahliannya

    adminBy admin03/04/2021Updated:03/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRAJAYA: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mempertikaikan kehadiran Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika keputusan penggantungan keahliannya dibuat.

    Beliau berkata, ini kerana Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu adalah pihak berkepentingan kerana membuat aduan mengenai dirinya dan tidak seharusnya berada pada mesyuarat itu.

    “Pagi tadi saya sudah menghantar salinan surat rayuan dan hujah pembelaan kepada Presiden, Timbalan Presiden dan semua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

    “Ini sebagai inisiatif supaya mereka semua diberi peluang membaca hujah pembelaan berkaitan dakwaan bahawa saya memfitnah dan mengkritik Presiden secara terbuka.

    “Bagi yang sudah memberikan maklum balas, saya juga tanyakan kepada mereka bukankah sepatutnya ketika hendak membuat keputusan mengenai diri saya, pihak yang membuat aduan iaitu Tengku Adnan perlu keluar kerana dia adalah pihak berkepentingan,” katanya dalam status dimuat naik pada laman Facebook, di sini, hari ini.

    Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, digantung keahlian UMNO selama enam tahun, malah semua manfaat sebagai ahli UMNO juga dilucutkan secara sementara sepanjang tempoh itu,

    Pada 19 Februari lalu beliau diminta mengemukakan surat tunjuk sebab dan diarah hadir ke Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, susulan tindakannya membuat kenyataan terbuka menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Arahan untuk menghadiri tribunal pada 25 Februari lalu, bagi menjawab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya, dimaklumkan menerusi panggilan telefon dan WhatsApp oleh Sekretariat Lembaga Disiplin UMNO.

    Tun Faisal sebelum itu mendakwa Ahmad Zahid sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas gerakan untuk membawa UMNO menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, gagal beberapa kali.

    MKT UMNO sebelum ini memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP, selain terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), tetapi hanya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

    Tun Faisal mendakwa, ahli MKT diberi gambaran salah mengenai kes dirinya dan tidak diberikan maklumat yang secukupnya sebelum mengesahkan keputusan Lembaga Disiplin.

    “Saya dimaklumkan, seorang ahli MKT juga mengelirukan mesyuarat dengan mendakwa ini konflik dalaman UMNO Bahagian Putrajaya dan dengan itu, ramai mengambil pendirian untuk tidak mahu masuk campur,” katanya. – Berita Harian.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTiada parti dominan, itu politik lama – Muhyiddin.
    Next Article Noor Azmi sedia berdepan UMNO
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.