KOTA BHARU | PRU 15 semakin dekat. Paling awal PRU tersebut akan berlangsung pada Ogos ini dengan pelbagai pihak sudah mula membuat percaturan awal.
Bagi PAS Kelantan, parti itu dijangka tidak ada masalah dalam mengekalkan penguasaan apabila pembangkang dilihat tidak berada dalam keadaan yang baik bagi menjatuhkan kerajaan negeri.
Bagaimanapun, memetik Kelantan Update, disebalik itu, PAS Kelantan juga dikatakan membuat persiapan rapi, apalagi PRU kali ini menyaksikan kepelbagaian demensi politik yang memungkinkan perubahan berlaku di saat akhir.
Menurut Sumber Kelantan Update, PAS pada peringkat ini, Pas Kelantan dikatakan bersedia bertolak ansur dengan pembahagian kerusi khususnya ikatan yang dibuat di pihak Muafakat Nasional dan Pakatan Nasional.
Menurut sumber tersebut, Pas tidak ada masalah menyerahkan dua kerusi Parlimen dan tujuh Dun yang dimenangi Umno Kelantan.
“Bagitu juga kerusi BERSATU, dua kerusi parlimen dan satu kerusi Dun dikekalkan dan kemungkinan ada lagi satu untuk dipertimbangkan,”kata sumber tersebut.
Untuk rekod, Umno Kelantan menguasai tiga Parlimen melibatkan Gua Musang, Machang dan Ketereh.
Manakala di Peringkat Dun pula, Umno memenangi 7 kerusi melibatkan Dun Galas, Neggiri, Paloh, Kok Lanas, Bukit Bunga, Kuala Balah dan Gua Ipoh.
Dalam masa yang sama, Kerusi Umno yang beralih kepada Bersatu melibatkan Jeli dan Tanah Merah bagi Parlimen mananakala Ayer Lanas untuk kerusi Dun.
Dalam pada itu menyentuh mengenai kerusi PAS, sumber itu menyatakan sebanyak 30 peratus wakil rakyat akan digugurkan bagi memberi laluan kepada muka-muka baru.
“Secara asasnya adalah 30 peratus, namun ia bergantung kepada perbincangan selanjutnya, kemungkinan angka itu berubah berdasarkan situasi semasa,” katanya.
Katanya, pada PRU15 ini sangat dinamik dan keputusan banyak bergantung kepada keputusan yang dibuat pusat khusunya hal-hal yang berkait dengan Kerjasama antara parti.
Namun begitu, ia bukan lah perkara baru bagi PAS Kelantan kerana pernah berkerjasama dengan dibawah lambat Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Pakatan Rakyat sebelum ini.