Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Satu jawatankuasa khas kerjasama politik Bersatu dan Pas akan dibentuk
    Politik

    Satu jawatankuasa khas kerjasama politik Bersatu dan Pas akan dibentuk

    adminBy admin04/04/2021Updated:04/04/2021No Comments4 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    OLEH SITI AINIZA KAMSARI

    KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperakukan pembentukkan satu jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Permesyuaratan Bersama Antara Bersatu dan PAS bagi bersama-sama menjalinkan kerjasama memperkukuhkan jentera Perikatan Nasional (PN).

    Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, persetujuan untuk mengadakan jawatan kuasa itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berlangsung hari ini.

    Menurutnya. Bersatu amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan dalam PN dan terkini bersetuju untuk membentuk jawatankuasa tersebut yang dianggotai seramai 12 orang dari setiap parti Bersatu dan PAS.

    “Kita bertekad memperkukuhkan PN menjadi satu gabungan yang lebih mantap dan kukuh dalam semua perjalanan aktivitinya,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat MPT yang berlangsung hampir tiga jam di rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini, hari ini.

    Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Perdana Menteri.

    Turut hadir Naib Presiden, Datuk Radzi Jidin dan Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

    Hadir sama Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dan Ketua Serikandi, Datuk Seri Rina Harun serta ahli MPT termasuk Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    Wan Saiful sebelum itu berkata, dalam mesyuarat kali ini ahli menyatakan rasa kesal dengan apa yang berlaku di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ni, iaitu terutama dengan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai pendirian UMNO terhadap Bersatu termasuk tidak ada sebarang kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

    “Kita anggap itu adalah hak kepada UMNO untuk membincangkan tetapi sebagai rakan, kita mengharapkan supaya ada adab-adab yang patut dijaga, ada hubungan baik yang perlu dijaga sebagai rakan pentadbiran dalam kerajaan.

    “Kita agak kesal dengan apa yang berlaku terutama cemuhan-cemuhan yang dilontarkan terhadap Presiden Bersatu dan ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

    Walau bagaimanapun Bersatu kata Wan Saiful memahami dan mengiktiraf hak UMNO menyuarakan apa juga pandangan.

    “Cuma apa yang kita harapkan supaya selepas ini kita semua lebih fokus terhadap rakyat sebagaimana yang ditegaskan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin dalam mesyuarat tadi dengan tegas menekankan supaya kita semua mestilah fokus terhadap kebajikan dan keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat.

    “Jangan banyak sangat berpolitik sehingga menyebabkan rakyat rasa mual dengan suasana yang berlaku sekarang, “ katanya.

    Menjawab soalan pemberita, mengenai UMNO yang memberikan kata dua kepada Pas sama ada memilih PN atau Muafakat Nasional (MN) dalam menjalin kerjasama politik, Wan Saiful berkata Bersatu sendiri tidak memaksa dan terpulang kepada Pas untuk menyatakan pendirian mereka.

    “Bersatu tidak pernah memberi kata dua seperti itu kepada PAS malah kami amat menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Pas terhadap Bersatu selama ini.

    “Kami dalam Bersatu menyanjungi semangat persahabatan PAS terhadap Bersatu dan kebetulan pula saya dahulunya merupakan Ahli Pas dan jadi saya agak bias dalam soal ini,” katanya.

    Namun Wan Saiful amat gembira dengan pandangan yang disuarakan oleh Pas lebih-lebih lagi sikap keterbukaan mereka dan kesungguhan untuk bersama-sama dalam PN.

    “Ini kerana dalam PN tiada konsep; Abang Besar kerana masing-masing semua adalah sama rata.

    “Nak kata Bersatu bagi kata dua kepada Pas itu bukan sikap kita kerana yang penting PN perlu dikukuhkan lagi,” katanya.

    Malah katanya lagi, dalam mesyuarat MPT ada disebutkan oleh Presiden akan banyak lagi parti-parti yang meminta untuk menyertai PN dan proses rundingan perlu dilakukan.

    Dalam menjawab soalan mengenai Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang meminta Ahmad Zahid menunaikan janji supaya menjemput Bersatu dalam MN.

    “Kita bersikap terbuka dan sentisa mendahulukan kebolehan untuk kita semua bersatu (united) dan amat mengkehendaki kesatuan yang ada supaya dikekalkan apa yang ada.

    “Tidak sesekali, kita berkata tidak hendak dengan mana-mana parti yang lain. Matlamat kita jelas supaya ada kesatuan dalam politik negara.

    “Ini semua supaya kita boleh membentuk kerajaan yang stabil dan memastikan kestabilan membawa manfaat kepada rakyat pada keseluruhan,” katanya.

    Menurutnya, kenyataan rasmi mengenai mesyuarat MPT pada hari ini akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak lama lagi.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWarga Emas Bawa Pulang RM1 Juta Cabutan Istimewa BSN SSP
    Next Article Empat anggota penyelamat sukarelawan antara lima maut
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.