Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tahniah Ridzwan! Yang pertama berjaya berenang dari Pulau Perhentian ke tanah besar di Besut!
    Am

    Tahniah Ridzwan! Yang pertama berjaya berenang dari Pulau Perhentian ke tanah besar di Besut!

    adminBy admin04/04/2021Updated:04/04/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Ridzwan melakukan sujud syukur sebaik selamat sampai di Pantai Bukit Keluang, Besut selepas sembilan jam berenang di laut.

    TIADA hadiah mega mahupun wang ringgit atau piala emas yang disediakan, namun berbekalkan semangat dan ingin meneruskan hobi berenang seorang lelaki sanggup mengharungi gelora lautan untuk berenang dari Pulau Perhentian ke tanah besar Besut, Terengganu.

    Ridzwan Abd Rahim, 44, dari Kajang, Selangor bukan sahaja sanggup menghabiskan wang ringgit dan berkorban masa malah terpaksa merentas negeri pada musim pandemik COVID-19 demi untuk menjayakan misi berenang dari pusat pelancongan terkenal Pulau Perhentian ke Pantai Bukit Keluang, Besut.

    Memetik Kita Repoters, Impian beliau tidak sia-sia apabila hajat untuk merentas Laut Cina Selatan dengan berenang di lautan dari pulau ke daratan sejauh 19 kilometer akhirnya berjaya dicapai. 

    Kejayaan berenang lautan terbuka yang mengambil masa kira-kira sembilan jam tanpa henti itu menobatkan beliau sebagai manusia pertama berjaya berenang secara solo bagi terusan Pulau Perhentian, sekali gus mencatat sejarah negara dalam sukan renang.

    Ridzwan berkata, projek berenang berkenaan menerusi acara Perhentian Channel Solo Swim 2021 tidak ditaja oleh mana-mana pihak, sebaliknya ia atas usaha sendiri yang disokong oleh team beliau sendiri yang diketuai Abdul Razak Abdul Aziz.

    Katanya, beliau gembira kerana projek ini telah dibuat dengan mendapat  permit perjalanan polis serta pemakluman kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan di Besut.

    “Selama bertahun-tahun saya tertanya-tanya jika ia boleh berenang dari Pulau Perhentian ke tanah besar Terengganu dan kini soalan itu telah terjawab,” katanya. 

    Katanya, pada 21 Mac 2021, dia memutuskan untuk bertindak dengan melakukan aktiviti berenang tersebut atas rasa ingin tahu dan akhirnya merekodkan beliau menjadi orang pertama dalam sejarah yang melakukan ini renangan tersebut.

    Projek berenang ini bukan mudah untuk disatukan di tengah-tengah semua sekatan pandemik COVID-19,” katanya. 

    Ridzwan menganggap ia satu keajaiban bahawa dia dan pasukannya berjaya ke Pulau Perhentian untuk melaksanakan rancangan tersebut.

    Ridzwan diawasi bot dan kayak ketika berenang di Laut Cina Selatan dari Pulau Perhentian ke Pantai Bukit Keluang, Besut sejauh 19 kilometer. – Gambar kredit Facebook Ridzwan Rahim.

    Ridzwan berkata, beliau melakukan misi berenang bermula di pantai Alunan Resort, Pulau Perhentian pada jam 4 pagi, 21 Mac 2021 dan selamat sampai ke pantai Bukit Keluang, Besut pada jam 1 tengah hari pada hari yang sama.

    Katanya, ketika dalam perjalanan dari pulau ke daratan dia dipantau oleh seorang ahli kayak, Hafizuddin Amlin dan dua bot dari team beliau. 

    Sebelum ini, katanya, pada tahun 2017 dia pernah melakukan aktiviti berenang dengan mengelilingi pulau tersebut secara solo tetapi kali ini ia lebih mencabar kerana menyeberangi lautan luas ke daratan atau tanah besar.

    Beliau mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Pejabat Daerah Besut, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Besut, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Besut dan Maritim Tok Bali, Kelantan kerana membantu menjayakan program tersebut.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBersatu komited kukuhkan Perikatan Nasional
    Next Article Kerajaan Mempunyai Hala Tuju Yang Jelas
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.