Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Batu karang 1.7 kg dalam pundi kencing gajah dibuang
    Global

    Batu karang 1.7 kg dalam pundi kencing gajah dibuang

    adminBy admin05/04/2021Updated:05/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BANGKOK | Sekumpulan pakar veterinar di Thailand berjaya mengeluarkan batu karang seberat 1.7 kilogram (kg) dalam pundi kencing seekor gajah berusia 50 tahun, lapor akhbar The Nation Thailand.

    Kejayaan itu sekali gus mencipta rekod dunia bagi proses pengeluaran sebiji batu karang dari dalam seekor haiwan dengan berat tersebut.

    Profesor Madya Dr Nikorn Thongthi berkata, pembedahan mengeluarkan batu karang daripada pundi kencing gajah betina bernama Sai Thong itu dijalankan minggu lalu di Fakulti Veterinar di Universiti Kasetsart Kampus Kamphaengsaen di wilayah Nakhon Pathom.

    “Ini adalah pembedahan kedua di dunia yang melibatkan batu karang yang dikeluarkan daripada gajah. Kali pertama, kami melakukan pembedahan serupa pada Kham Moon, gajah jantan berusia 45 tahun.

    “Bagaimanapun, kes Sai Thong berbeza kerana kami mengeluarkan satu batu karang besar seberat 1.7kg. Dalam kes Kham Moon, kami mengeluarkan lebih dari 162 batu karang dengan berat keseluruhan 8kg,” katanya.

    Sai Thong dihantar ke universiti tersebut pada 28 Mac lalu selepas mengalami simptom sakit perut, hilang selera makan dan tidak boleh membuang air kecil.

    Pakar veterinar mengesan kehadiran batu karang dalam pundi kencingnya kerana meminum air dari sumber mengandungi kesan batu kapur yang tinggi.

    Pembedahan itu mengambil masa sekitar enam jam bagi membolehkan doktor membuang batu karang sepanjang 12×16 sentimeter dengan berat 1.7kg.

    Buat masa sekarang, Sai Thong masih dalam pemantauan rapi pakar veterinar dan bakal menjalani rawatan pemulihan intensif.

    “Kejayaan pembedahan ini bukan sekadar satu pencapaian besar bagi kalangan veterinar Thailand tetapi turut menjadi tonggak penting dalam sektor perawatan gajah dalam kalangan komuniti doktor haiwan global,” kata Nikorn. – Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHadiah untuk rakyat sempena kunjungan ke Brunei
    Next Article Kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.