Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Blogger Singapura tagih dana bayar ganti rugi PM Singapura
    Global

    Blogger Singapura tagih dana bayar ganti rugi PM Singapura

    adminBy admin05/04/2021Updated:05/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SINGAPURA | Seorang blogger Singapura berjaya mengumpul SGD$133,000 (M409,318) melalui ‘crowdfunding’ atau pendanaan awam bagi membayar ganti rugi kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

    Hsien Loong memfailkan saman terhadap Leong Sze Hian, seorang penasihat kewangan, selepas dia berkongsi dalam sebuah artikel berita dalam talian di laman Facebooknya.

    Mahkamah Tinggi Singapura pada 24 Mac lalu memerintahkannya membayar ganti rugi itu selepas dia didapati bersalah mengaitkan Hsien Loong dengan skandal kewangan syarikat pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Sze Hian memadamkan paparan itu di Facebook pada November 2018, dalam tempoh tiga hari selepas berkongsi, susulan dituntut berbuat demikian oleh kerajaan.

    Beliau membuat pengumuman di Facebook dengan memuat naik paparan: “Sudah selesai. Semua sudah dibayar”.

    Sebagai ketua kerajaan yang tidak bertolak ansur terhadap rasuah, Hsien Loong, 69, tidak asing lagi dalam melindungi kewibawaannya melalui saluran undang-undang.

    Tokoh kanan dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) termasuk mendiang bapanya yang juga pengasas Singapura moden, Lee Kuan Yew, sebelum ini kerap menyaman media asing, lawan politik dan pengulas dalam talian kerana fitnah. – AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMAFI perkenal beras sida wangi sebagai makanan kesihatan
    Next Article Hadiah untuk rakyat sempena kunjungan ke Brunei
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.