Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » KASA lancar garis panduan urus sisa klinikal
    Am

    KASA lancar garis panduan urus sisa klinikal

    adminBy admin05/04/2021Updated:05/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRAJAYA | Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperkenalkan garis panduan bagi mengurus bahan buangan klinikal daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang akan memasuki fasa kedua pada 19 April ini.

    Garis panduan itu dikeluarkan susulan sisa klinikal yang dihasilkan kini meningkat 96 peratus berbanding ketika COVID-19 mula dikesan pada Disember 2019.

    Pelaksanaan PICK sejak 24 Februari lalu dijangka menambahkan lagi jumlah kuantiti sisa klinikal di seluruh negara.

    KASA menganggarkan sejumlah 216 tan metrik picagari, 81 tan metrik jarum, 540 tan metrik bebuli vaksin kosong, 1,080 tan metrik peralatan perlindungan diri (PPE) dan 162 tan metrik tisu basah beralkohol akan terhasil sepanjang pelaksanaan PICK.

    Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jumlah kuantiti sisa klinikal tertinggi yang direkodkan adalah sebanyak 4,082 metrik tan pada Januari 2021 berbanding 2,084 metrik tan pada Disember 2019.

    “KASA menganggarkan pertambahan sebanyak 2,100 metrik tan sisa klinikal dalam tempoh 12 bulan pelaksanaan program imunisasi,” katanya ketika melancarkan Buku Garis Panduan Program Vaksinasi Lestari, di sini, hari ini.

    Yang turut hadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

    Tuan Ibrahim berkata, garis panduan yang dilancarkan hari ini menjadi dokumen khas yang merangkumi tatacara pengurusan bahan buangan klinikal, pembudayaan amalan hijau dan inisiatif pengimbangan pelepasan Gas Rumah Kaca di semua pusat pemberian vaksin dan fasiliti kesihatan yang menjalankan PICK.

    “Saya berharap garis panduan itu dapat memberi panduan kepada semua pemegang taruh untuk memastikan kelestarian alam sekitar terus terjamin selain usaha memerangi penularan pandemik COVID-19,” katanya.

    Sisa klinikal yang diperoleh daripada hospital dan fasiliti kesihatan akan dihantar ke Kualiti Alam untuk pelupusan dengan kerjasama polis bagi memastikan kelancaran penghantaran.-Berita Harian.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Hakim Mahkamah Tinggi tersalah arah’
    Next Article MAFI perkenal beras sida wangi sebagai makanan kesihatan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.