Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS
    Am

    Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

    adminBy admin05/04/2021Updated:05/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Nilai ringgit tidak berubah berbanding dolar AS tetapi lebih tinggi daripada mata wang utama yang lain ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini, disokong terutamanya oleh permintaan bermusim terhadap minyak mentah.

    Pada 9 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1380/1430 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1420 yang dicatatkan pada penutupan urus niaga petang Jumaat minggu lepas.

    Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, trend yang positif dipamerkan oleh ringgit berbanding mata wang utama yang lain kecuali dolar AS turut didorong oleh pemulihan ketara dalam pasaran bon minggu lepas selepas berita mengenai FTSE.

    “Malaysia akan terus berada dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WBGI) FTSE. Namun, saya rasa pelabur asing akan lambat sedikit untuk terlibat kembali dalam jangka masa yang lama kerana pasaran telah mula menetapkan harga dalam dasar normalisasi bank pusat.

    “Dan dalam kes Bank Negara Malaysia, kitaran pelonggaran sudah berakhir, ” katanya kepada Bernama sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

    Sementara itu, ringgit turut disokong oleh data pembuatan tempatan yang semakin baik dengan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Malaysia IHS Markit (PMI) meningkat kepada 49.9 pada Mac daripada 47.7 pada Februari tahun ini.

    Menurut IHS Markit, bacaan PMI untuk bulan Mac iaitu 49.9 adalah yang tertinggi sejak Julai 2020.

    Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0754/0794 daripada 3.0780/0816 dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.7407/7456 daripada 3.7455/7494.

    Berbanding pound Britain pula, ringgit meningkat kepada 5.7216/7298 daripada 5.7241/7309 dan naik kepada 4.8675/8751 daripada 4.8733/8797 berbanding euro.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBiarlah pahit, asalkan yang benar: Annuar
    Next Article Kenyataan media penularan isu pegawai polis didakwa meninggal dunia oleh JKN Perak
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.