Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Saman jika cuba rentas negeri sambut Ramadan di kampung
    Am

    Saman jika cuba rentas negeri sambut Ramadan di kampung

    adminBy admin05/04/2021Updated:05/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    MELAKA | Tindakan saman akan dikenakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim.

    Beliau berkata, pemeriksaan ketat di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri akan dipertingkatkan dan hanya mereka yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap dan diluluskan dibenar meneruskan perjalanan.

    “Saya percaya hujung minggu ini akan terdapat peningkatan pergerakan di jalan atau lebuh raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan hari pertama Ramadan memandangkan tahun lepas mereka tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

    “Sekiranya anggota atau pegawai polis mengesan individu cuba merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada nasihat lagi…ambil tindakan terus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Satu Taman Satu Polis Dan Fokus Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka 2021, di sini pada Isnin.

    Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, pertambahan jumlah SJR juga akan dilakukan bergantung kepada jumlah harian kes positif Covid-19 yang dilaporkan dan setakat ini sebanyak 30 hingga 35 SJR dilaksanakan di setiap pintu keluar dan masuk serta sempadan negeri di seluruh negara.

    “Sekiranya jumlah kes positif Covid-19 meningkat, kita akan tambah SJR dalam usaha meminimumkan pergerakan individu atau kenderaan agar penularan Covid-19 dapat dikekang,” katanya memetik Sinar Harian.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Program Satu Taman Satu Polis akan diperluaskan di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memberikan perkhidmatan berkualiti dan meningkatkan kelestarian tahap keselamatan di kawasan taman terlibat.

    Program itu, katanya, dijangka dapat memberi impak positif dalam aspek keselamatan komuniti sekali gus menurunkan kadar jenayah di kawasan terlibat.

    Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, Program Satu Taman Satu Polis bagi fasa pertama melibatkan tujuh taman iaitu tiga di daerah Melaka Tengah dan masing-masing dua taman di Alor Gajah dan Jasin.

    Beliau berkata, bagi daerah Melaka Tengah, taman terlibat ialah Taman Cempaka, Taman Merdeka Jaya dan Taman Bukit Katil Damai 2 manakala di daerah Alor Gajah pula ialah Taman Samarinda dan Taman Bandar Baru Masjid Tanah sementara di Jasin ialah Taman Asia Selatan Jasin serta Taman Seri Sempang Merlimau.

    “Kajian impak program ini akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan selepas ia dilaksanakan dan sekiranya ia dilihat memberi impak positif, fasa kedua akan dilaksanakan melibatkan 20 lagi taman perumahan di sekitar negeri ini,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia
    Next Article Lebih 70 Maut dan Puluhan Hilang Kejadian Banjir Kilat dan Tanah Runtuh
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.