Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » SPRM lumpuhkan sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion, ketua ditahan
    Am

    SPRM lumpuhkan sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion, ketua ditahan

    adminBy admin05/04/2021Updated:05/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Tujuh individu direman enam hari bermula hari ini sehingga 10 April bagi membantu siasatan berhubung sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion.
    Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim.

    Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, kesemua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

    Katanya kes, disiasat dibawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM, dan beliau turut tidak menolak lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.

    Menurut sumber, sindiket kartel projek ini dikatakan telah memonopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dengan nilai projek sebanyak RM3.8 bilion.

    Memetik Astro Awani, Azam berkata, sindiket ini dipercayai beroperasi sejak tahun 2014 hingga sekarang.

    Hasil siasatan mendapati, ketua sindiket berusia 47 tahun itu mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat.

    Difahamkan suspek mewujudkan 150 syarikat yang berbeza dengan menggajikan individu-individu sebagai pengarah syarikat yang mana sebenarnya dimilikinya sendiri.
    Tumpuan sindiket ialah terhadap projek penyelenggaraan fasiliti dan projek-projek pembangunan.

    Selain itu, katanya, sindiket ini dipercayai mendapat kerjasama ‘orang dalam’ untuk memastikan syarikat-syarikat di bawah ‘kawalannya’ dibenarkan masuk tender atau sebut harga dan memastikan salah satu daripadanya berjaya.

    “Modus operandi kartel ialah membayar rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender atau sebut harga.

    “Taktik ‘mengepung harga’ iaitu dengan menyertai sesuatu tender dengan menggunakan sejumlah besar syarikat yang berada di bawah kawalan ketua sindiket,” katanya di sini pada Isnin.

    Sumber memberitahu, syarikat-syarikat terbabit akan memasuki tender mengikut harga yang berbeza-beza berdasarkan harga siling yang ditetapkan.

    Hasil risikan yang dijalankan juga katanya, mendapati sindiket ini telah menggunakan nama beratus individu untuk membuka syarikat-syarikat di bawah naungannya.
    “Setiap individu akan dibayar gaji bulan dan komisyen sebagai imbuhan bagi penggunaan nama dan butir-butir peribadi.

    “Dipercayai butir-butir kelayakan akademik dan kelayakan profesional bagi kebanyakan penama yang digunakan untuk menubuhkan syarikat adalah palsu.

    “Setiap syarikat juga dikatakan menggunakan penyata kewangan palsu untuk melayakkan mereka memasuki tender atau sebutharga berkenaan,” ujarnya.

    Satu intipan dan pemantauan telah dijalankan di pusat operasi sindiket ini malam tadi di mana hampir keseluruhan ahli-ahli sindiket berkumpul untuk mengisi borang-borang tender.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKenyataan media penularan isu pegawai polis didakwa meninggal dunia oleh JKN Perak
    Next Article YA ALLAH…Runtuh lagi!
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.