PASIR MAS | Setelah reda seketika, hari ini kawasan pinggir Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi kembali runtuh lagi.
Berdasarkan perkongsian di facebook, Wan Mohd Badzli terdapat runtuhan membabitkan kediaman tanpa penghuni.
Luahnya sedih, “Lagi dan lagi Pohon Celagi akan hilang dari peta,” tulisnya yang disambut dengan doa selamat daripada netizen.



Menerusi perkongsiannya juga kelihatan, lantai rumah terbelah dan saki baki rumah jerlus menyembah bumi.
Sebelum ini, pada Februari media melaporkan diawal kejadian seramai 50 penduduk di Kampung Jalan Pohon Celagi, dipindahkan serta merta selepas berlaku kejadian tanah runtuh sepanjang 200 meter di tebing Sungai Kelantan berhampiran Dataran Air Muleh.
Tragedi berkenaan sudah mendapat perhatian pelbagai pihak dan mangsa yang terlibat diberikan bantuan sewajarnya.
Sama-sama doakan tiada kejadian tidak diingini berlaku.