Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 100 Orang Daftar Vaksin Dalam Program BERSATU Dungun
    Am

    100 Orang Daftar Vaksin Dalam Program BERSATU Dungun

    adminBy admin06/04/2021Updated:06/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    DUNGUN 6 April – Prihatin mengenai pentingnya pengambilan vaksin Covid-19, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Dungun melancarkan program Jom Daftar Vaksin dan berjaya menarik minat 100 orang untuk berbuat demikian.

    Dalam program itu, BERSATU bahagian berkenaan membantu penduduk untuk urusan pendaftaran vaksin.

    Selain itu, mereka yang mendaftar turut diberi penerangan mengenai pentingnya pengambilan vaksin. Program tersebut diketuai oleh Ketua BERSATU Bahagian Dungun, Dato’ Abdul Aziz Ismail.

    Setiausaha Kerja BERSATU bahagian, Syahir Ammar Sazely berkata, program itu dlancarkan setelah pihaknya mendapati masih ramai penduduk yang belum mendaftar pengambilan vaksin.

    “Antara faktor berlaku keadaan ini ialah kerana ada orang yang tidak mengetahui cara mendaftar maka BERSATU bahagian mengambil inisiatif membantu mereka.

    “Ada juga yang kurang pengetahuan mengenai pentingnya vaksin ini, maka kita beri penjelasan kepada mereka,” katanya. Beliau berkata, memandangkan program itu mendapat sambutan ramai, pihaknya bercadang meneruskan aktiviti tersebut.

    Pada program yang sama, sebanyak 200 penunggang motosikal diberikan petrol percuma sebagai usaha BERSATU bahagian menyantuni orang ramai.

    Minyak petrol itu diisi sendiri oleh Abdul Aziz sambil mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan beramah mesra.

    “Dua program Perikatan Nasional (PN) Dungun ini mendapat kerjasama pasukan Rela.

    “PN sedar mengenai ramai orang terkesan akibat pandemik Covid-19, oleh itu selain petrol percuma, kita juga ambil kesempatan supaya orang ramai mendaftar untuk pengambilan vaksin,” kata Syahir Ammar.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAgong terima hadiah raket Zii Jia
    Next Article Lima pondok terbakar
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.