Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Formula politik Sabah sumbang kestabilan politik Persekutuan
    Politik

    Formula politik Sabah sumbang kestabilan politik Persekutuan

    adminBy admin06/04/2021Updated:06/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Foto Sinar Harian

    KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan formula politik Sabah yang pentingkan persahabatan menjadi kekuatan kepada Bersatu untuk terus memimpin negeri ini.

    Beliau berkata, elemen persahatan yang ditekankan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membolehkan gabungan parti itu mempunyai formula politik yang cukup berkesan.

    Ketika ini politik Sabah tidak bergelora dan begitu stabil untuk membawa kemakmuran kepada rakyat di negeri ini dan ia menjadi teras kekuatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    “Jika dilihat dalam tempoh dua tahun, pencapaian Bersatu Sabah sudah melangkaui jangkaan. Dalam tempoh ini, Bersatu Sabah berada pada tempat yang ada segalanya.

    “Hanya 542 hari Bersatu Sabah ditubuhkan secara rasmi, parti ini berupaya meletakkan pemimpin negeri menjadi Ketua Menteri dengan kerjasama rakan komponen lain. Ini hanya mampu terjadi kerana sikap dan budaya politik Bersatu yang mementingkan persahabatan dan ketelusan dalam membentuk kerjasama ini (GRS).

    “Sabah juga satu-satunya negeri yang dipimpin oleh Bersatu sebagai Ketua Menteri setelah saya selaku Menteri Besar Perak meletak jawatan,” katanya.

    Beliau menyatakan demikian ketika berucap mewakili Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan majlis sambutan ulang tahun kedua Bersatu Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, dekat sini semalam.

    Ahmad Faizal berharap Sabah akan terus membina kerjasama politik yang stabil melalui permuafakatan GRS yang akan terus mendukung dan menyumbang kepada kestabilan politik persekutuan.

    Budaya politik Sabah amat istimewa dan luar biasa. Apabila benar-benar ingin bersahabat, orang Sabah cukup setia kepada janji seperti istilah masyarakat Kadazan ‘sign mati’ iaitu apabila berjanji mereka sanggup menghadapi apa juga risiko

    “Kejayaan model politik di Sabah ini menjadi perkara yang sering disebut-sebut oleh semua orang, model politik pimpinan Ketua Menteri Sabah ini cukup kemas, teratur dan sentiasa memuliakan persahabatan,” katanya.- UTUSAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTempoh giliran haji paling lama di Bantaeng
    Next Article Lima ditahan dipercayai godam sistem Imigresen
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.