Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Jagalah hubungan dalam kerajaan yang kita bina’
    Politik

    ‘Jagalah hubungan dalam kerajaan yang kita bina’

    adminBy admin06/04/2021Updated:06/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA PERLIS | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), meminta semua pihak khususnya parti politik dalam Perikatan Nasional (PN), untuk menjaga hubungan dalam kerajaan yang dibina secara bersama hari ini.

    Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang melontarkan kritikan kepada presiden parti Bersatu merangkap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Ada antara kritikan yang diterima adalah agak keterlaluan. Kita harap kalau boleh supaya jagalah hubungan dalam kerajaan yang kita sama-sama bina dan tadbir hari ini,” katanya kepada pemberita pada Program Kayuhan Jalinan Kasih @ CSR TVET peringkat negeri Perlis di sini hari ini.

    Wan Saiful berkata, Muhyiddin tegas memperingatkan semua bahawa tanggungjawab sekarang adalah menjaga kebajikan rakyat, menzahirkan keprihatinan kita kepada bebanan yang sedang menimpa rakyat ketika wabak Covid-19 dan keadaan ekonomi yang mencabar sekarang.

    Beliau berkata, arahan daripada Muhyiddin agar semua yang berada dalam kerajaan faham, bahawa terdapat cabaran politik yang sedang berlaku dan pada masa yang sama tidak hilang fokus memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat.

    Katanya kestabilan politik negara penting, agar negara dapat menarik pelabur asing datang ke negara ini dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

    Beliau berkata, kenyataan seperti itu hanya akan menggugat kestabilan. – BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHanya jemaah disuntik vaksin dibenarkan tunai umrah
    Next Article Pemuda PN tolak politik dominasi, semai perpecahan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.