Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Jordan haramkan sebarang penerbitan maklumat berkaitan plot Putera Hamzah
    Global

    Jordan haramkan sebarang penerbitan maklumat berkaitan plot Putera Hamzah

    adminBy admin06/04/2021Updated:06/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    AMMAN, JORDAN – Ketua pendakwa raya Amman mengharamkan penerbitan sebarang maklumat yang menyiarkan dakwaan plot konspirasi yang dikatakan melibatkan Putera Hamzah.

    “Bagi menjaga siasatan perkhidmatan keselamatan terhadap Putera Hamzah dan rahsia-rahsia lain, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan sebarang perkara berkaitan siasatan pada masa ini.

    “Larangan itu melibatkan semua media audiovisual dan jaringan sosial, selain penerbitan semua imej atau klip video berkaitan subjek kerana ia akan mengganggu tindakan undang-undang,” kata pendakwa raya, Hassan al-Abdallat dalam satu kenyataan.

    Arahan itu dikeluarkan selepas Putera Hamzah yang sering mengkritik kerajaan Jordan berikrar untuk taat setia kepada Raja Abdullah II semalam, dua hari selepas dikenakan hukuman tahanan di rumah.

    Kerajaan Jordan menuduh adik tiri Raja Abdullah II itu merancang plot kejam dan terlibat dalam konspirasi hasutan yang bertujuan menggugat keselamatan negara.

    Terdahulu, Putera Hamzah yang mendakwa ditahan di dalam istana diraja di Amman semalam berkata, baginda tidak akan tunduk kepada sebarang arahan yang mengawal pergerakannya.

    Bagaimanapun, baginda berubah fikiran apabila dilaporkan berikrar untuk taat setia kepada Raja Abdullah tidak lama selepas itu.

    Raja Abdullah II melantik Putera Hamzah sebagai Putera Mahkota pada 1999 bagi memenuhi wasiat Raja Hussein, namun memecatnya pada 2004. – AFP

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleRakaman CCTV kondominium jadi bahan bukti kes pecah amanah Hasanah
    Next Article Kelantan Catat Dua Kluster Baharu
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.