Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kertas siasatan Geng Lanun Merah Black Maria 360 ‘return’ dibuka
    Am

    Kertas siasatan Geng Lanun Merah Black Maria 360 ‘return’ dibuka

    adminBy admin06/04/2021Updated:06/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Kertas siasatan berhubung dakwaan kemunculan kembali Geng Lanun Merah Black Maria 360, dibuka semula oleh polis.

    Lapor Bernama, geng berkenaan disyaki mengendalikan aktiviti pembuangan sisa toksik berjadual, pengedaran dadah dan penyeludupan pendatang tanpa izin di sekitar Klang.

    Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed untuk kembali membuat pemantauan dan siasatan berterusan berhubung dakwaan terbabit.

    “Jika diikutkan sebelum ini, perkara terbabit telah timbul dan PDRM menerusi JSJ telah membuat siasatan terperinci di mana kami dapati ia tidak wujud seperti didakwa.

    “Namun apa yang berlaku kini perkara terbabit kembali ditimbulkan jadi saya telah mengarahkan untuk perkara ini kembali disiasat. Dalam masa sama masih menunggu sebarang hasil siasatan yang dilakukan,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 Polis Diraja Malaysia di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.

    Pada 4 April lepas, media melaporkan kumpulan berkenaan dianggotai tidak kurang 500 ahli menjadikan kumpulan kongsi gelap itu antara kumpulan penjenayah terancang menguasai pelbagai kegiatan jenayah di kawasan Klang, Selangor.

    Ekoran itu, JSJ akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kumpulan terbabit yang aktif sejak 2013 yang dikatakan turut didalangi seorang pegawai kanan polis wanita.

    Terdahulu Acryl Sani menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2020 kepada 12 pegawai kanan termasuk Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim dan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

    Seramai 10,137 individu terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Am Polis seluruh negara menerima sijil APC PDRM termasuk sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article2 saksi kes rogol bekas exco Perak perlu didengar secara tertutup – peguam
    Next Article Polis kesan penama muat naik laporan palsu anggota maut akibat vaksin
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.