SEOUL: Korea Utara tidak akan menyertai temasya Olimpik Tokyo, kata Menteri Sukan Pyongyang sambil menyatakan ia bagi mengelak risiko dijangkiti COVID-19.
Pada mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Korea Utara, mereka “mengambil keputusan tidak menyertai temasya Olimpik ke-32 untuk melindungi atlet daripada krisis kesihatan umum dunia disebabkan COVID-19” kata menteri berkenaan kepada agensi berita.
Negara kuasa nuklear itu kali terakhir terbabit dalam Olimpik Musim Sejuk dekat Pyeongchang, Korea Selatan yang menjadi titil perubahan dalam pendekatan diplomatik pada 2018.
Adik kepada pemimpinnya, Kim Jong Un, Kim Yo Jong menghadirinya sebagai wakil dalam acara dipenuhi publisiti.Dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengambil kesempatan mengadakan perbincangan dengan Pyongyang dan Washington yang membawa kepada beberapa siri perbincangan penting antara Kim dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Pengumuman dibuat Pyongyang menamatkan usaha Seoul menggunakan temasya di Tokyo bagi menghidupkan kembali perbincangan yang buntu sebelum ini. – AFP