Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Malaysia bukan negara terdedah impak perubahan iklim ketara
    Am

    Malaysia bukan negara terdedah impak perubahan iklim ketara

    adminBy admin06/04/2021Updated:06/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRAJAYA | Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat tidak mengundang Malaysia pada 22 dan 23 April ini disebabkan bukan antara negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.

    Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan perkara itu bagi menepis dakwaan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng kononnya Malaysia tidak dijemput ke persidangan itu kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.

    Lapor Utusan, Tuan Ibrahim berkata, apa perlu difahami adalah objektif utama persidangan itu adalah menggalakkan negara-negara ekonomi besar dunia yang secara kolektif menyumbang kepada 80 peratus gas rumah hijau (GHG).

    Malah, katanya, persidangan itu juga bagi meningkatkan komitmen dalam kalangan 40 negara bagi mencapai matlamat mengekalkan pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5 darjah Celcius.

    “Ini juga ada kaitan dengan negara-negara yang terdedah ketara kepada impak perubahan iklim seperti Vietnam dan Indonesia.

    “Malaysia jelas tidak termasuk dalam kedua-dua kategori tersebut,” katanya dalam sidang
    media, hari ini.

    Katanya, negara yang menyerlah dalam agenda perubahan iklim seperti Sweden, Switzerland dan Thailand juga tidak dijemput menghadiri persidangan tersebut.

    Tuan Ibrahim berkata, persidangan tersebut adalah bersifat one-off dan tidak menjejaskan rundingan dan ketetapan di bawah Kerangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim (UNFCCC).

    “Hal ini juga perlu dilihat secara berasingan dengan isu pengimportan sisa plastik ke Malaysia baru-baru ini dari Amerika Syarikat,” katanya.

    Katanya, bermula awal tahun lalu hingga Mac tahun ini, Malaysia sudah melakukan proses penghantaran balik ke negara pengeksport bagi 143 kontena.

    Malah, pada masa ini, terdapat 81 kontena lagi sedang dalam tindakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk proses penghantaran balik.

    Sebelum ini, Guan Eng turut mendakwa KASA membenarkan Malaysia secara perlahan-lahan menjadi tempat pembuangan sisa plastik dari Amerika Syarikat.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePerak II terikat tanpa jaringan menentang Terengganu II
    Next Article 2 saksi kes rogol bekas exco Perak perlu didengar secara tertutup – peguam
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.