Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Perak II terikat tanpa jaringan menentang Terengganu II
    Sukan

    Perak II terikat tanpa jaringan menentang Terengganu II

    adminBy admin06/04/2021Updated:06/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    IPOH | Perak II gagal memanfaatkan halaman sendiri apabila terikat dengan tanpa jaringan menentang Terengganu II pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

    Lapor Utusan, dengan keputusan itu, Terengganu II kekal di tangga keenam dengan mengumpul sembilan mata, manakala Perak II bimbingan Syamsul Mohd Saad menghuni kedudukan kelapan menerusi tujuh mata daripada tujuh perlawanan.

    Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan yang menyaksikan bola naik turun di atas padang licin berikutan hujan sebelum perlawanan.

    Bagaimanapun tidak banyak peluang dicipta sepanjang 45 minit pertama menyaksikan kedudukan terikat 0-0.

    Pemain Perak II tidak menunjukkan tanda-tanda mental terjejas biarpun dilaporkan tidak menerima gaji selama dua bulan, sebaliknya mereka berjaya memberi tentangan sengit kepada pasukan pelawat yang dibimbing Badrul Afzan Razali dengan gerakan 1-2 kemas.

    Skrip babak kedua tidak banyak berubah dengan kedua-dua pasukan berusaha gigih untuk memecah kebuntuan.

    Tuan rumah beberapa kali berjaya menembusi benteng Terengganu tetapi fikecewakan oleh penyudah tumpul serta ketangkasan penjaga gol Sang Penyu, Mohamad Shafawi Mohamad.

    Terengganu turut tidsk berdiam diri dan beberapa kali mencemasksn kubu tuan rumah tetapi tiada penyudah.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTiada bukti boleh dikaitkan dengan Najib’ – peguam
    Next Article Malaysia bukan negara terdedah impak perubahan iklim ketara
    admin
    • Website

    Related Posts

    Luqman ledak gol pertama bersama Njardvik

    21/04/2023

    PSBNK azam mantapkan sukan Boksing di Kelantan

    14/03/2023

    Liverpool belasah Manchester United 7-0

    06/03/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.