Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Polis kesan penama muat naik laporan palsu anggota maut akibat vaksin
    Am

    Polis kesan penama muat naik laporan palsu anggota maut akibat vaksin

    adminBy admin06/04/2021Updated:06/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR I Polis mengesan seorang penama di Facebook dipercayai memuat naik laporan mendakwa seorang warga PDRM di Perak meninggal dunia akibat pengambilan vaksin Covid-19.

    Lapor Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kertas siasatan mengenai berita palsu itu dibuka.

    “Kertas siasatan telah dibuka… satu nama didapati menyebarkan perkara itu dan kami masih mengesan keberadaannya.

    “Dakwaan itu setelah disiasat dan ianya adalah tidak benar dan kematian anggota itu tiada kaitan dengan vaksin. Jadi saya minta hentikan daripada membuat spekulasi,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 Polis Diraja Malaysia di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.

    Dalam perkembangan berasingan, Acryl Sani berkata pihaknya akan sedaya upaya bertindak meminimumkan pergerakan rentas negeri oleh orang ramai menjelang bulan puasa ini.

    “PDRM mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara berhubung itu (pergerakan rentas negeri) dan kami tidak mahu terdapatnya kluster balik kampung dan sebagainya timbul menjelang Ramadan ini,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKertas siasatan Geng Lanun Merah Black Maria 360 ‘return’ dibuka
    Next Article Agong terima hadiah raket Zii Jia
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.