Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Selangor boleh tolong JDT
    Sukan

    Selangor boleh tolong JDT

    adminBy admin06/04/2021Updated:06/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR: Selangor boleh membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk berada lebih selesa di puncak Liga Super sekiranya berjaya menewaskan Kedah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

    Kedah yang menghuni tangga kedua dan mengumpul 13 mata menjadi pasukan paling berpotensi menggugat kedudukan JDT ketika ini selepas hanya dibezakan satu mata dengan skuad Harimau Selatan.

    Bagi Selangor pula, tiga mata di gelanggang sendiri pasti menjadi buruan utama mereka terutama dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam liga apabila ketinggalan enam mata di belakang JDT dan menghuni tangga ketujuh.

    Kehadiran penyokong hadir ke stadium buat kali pertama juga dilihat mampu menambah kekuatan buat anak buah Karsten Neitzel untuk menjinakkan Kedah yang hanya tewas sekali selepas enam perlawanan musim ini.
    Malah, Neitzel turut menganggap kemenangan 2-0 ke atas pasukan sedang bergelut, UiTM FC memberi motivasi buat pemainnya untuk berdepan Helang Merah.

    “Ya, tiga mata (berdepan UiTM) sangat penting bagi kami sebelum berdepan Kedah dalam aksi seterusnya,” kata Neitzel.

    Selangor dilihat berdepan prestasi tidak menentu selepas menang dua kali, seri dua kali dan turut kalah dua kali dalam enam perlawanan musim ini.

    Namun, Red Giants boleh dianggap bernasib baik apabila mereka bakal melayan kunjungan Kedah tepat pada masanya apabila penyokong sudah dibenarkan masuk ke stadium bermula malam ini dengan 2,000 tiket sudah dijual secara online. BERITA HARIAN.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePemain Perak dua bulan tak bergaji?
    Next Article Korea Utara tidak sertai Olimpik Tokyo
    admin
    • Website

    Related Posts

    Luqman ledak gol pertama bersama Njardvik

    21/04/2023

    PSBNK azam mantapkan sukan Boksing di Kelantan

    14/03/2023

    Liverpool belasah Manchester United 7-0

    06/03/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.