Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Takiyuddin dakwa hubungan PAS – Bersatu bermatlamat sama macam Muafakat Nasional
    Politik

    Takiyuddin dakwa hubungan PAS – Bersatu bermatlamat sama macam Muafakat Nasional

    adminBy admin06/04/2021Updated:06/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Foto By BERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

    PAS berpendapat hubungan yang dibina parti itu bersama Bersatu adalah sama dengan prinsip asas mereka dengan Umno melalui Muafakat Nasional.

    Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata kerjasama mereka dalam Perikatan Nasional bertujuan untuk menyatukan ummah – selaras dengan apa yang diusahakan dalam MN.

    “Hubungan PAS dengan Bersatu dalam PN (Perikatan Nasional) adalah seperti terzahir dalam prinsip asas MN – kerjasama ke arah bina penyatuan ummah – dimulai penyatuan kalangan Melayu-Islam, diikuti bumiputra dan bukan Islam tidak ekstrem serta seluruh rakyat Malaysia yang cintai perpaduan dan perdamaian,” katanya malam tadi. Takiyuddin yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat kenyatan itu ketika hubungan di antara PAS dan Umno dalam MN terus dilihat terumbang-ambing.

    Ia kelihatan semakin ketara apabila Umno secara menyindir dan berkias mendesak agar PAS mengetepikan Bersatu.

    Umno juga membuat ketetapan boleh mengarahkan ahli-ahli parlimen mereka yang menjadi menteri agar meletak jawatan pada bila-bila masa dalam langkah yang dilihat bakal meruntuhkan kerajaan PN. Di sebalik gesaan daripada Umno, PAS pula berkeras untuk tetap bersama Bersatu dengan alasan mahu membina penyatuan ummah.

    Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri membuat kenyataan parti itu mahu menjalinkan kerjasama dengan semua pihak namun mestilah dilakukan mengikut konsep yang mereka tentukan.

    Untuk menyatukan ummah, kata duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu, mestilah tidak membabitkan pihak yang ekstrem atau liberal. Bagaimanapun Abdul Hadi tidak menyatakan dengan jelas siapa pihak dianggap PAS sebagai ekstrem dan liberal itu.

    “Yang ekstrem itu kamu nilai sendiri siapa ekstrem, siapa liberal,” katanya. Untuk rekod melalui MN kedua-dua parti menandatangani piagam yang antara lain menyatakan agenda mereka ialah penyatuan ummah “bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.”

    PAS dan Umno berikrar untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menjamin Islam sebagai agama persekutuan.

    Kedua-dua parti juga berjanji memperkukuh MN melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara. — Takiyuddin Haji Hassan (@takiyuddin61)

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePanas !!! Ayob Khan dedah rahsia “orang agama” kuat rasuah
    Next Article Tarik balik darjah kebesaran individu ada kes
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.