Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Akar umbi Melayu mahu semua parti Melayu bersatu lawan DAP-PH
    Pendapat

    Akar umbi Melayu mahu semua parti Melayu bersatu lawan DAP-PH

    adminBy admin07/04/2021Updated:07/04/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BARU-BARU ini saya sempat berbual dengan seorang lelaki Melayu separuh usia yang mempunyai impian yang sangat tinggi. Dia mahu lihat orang Melayu kukuh bersatu padu sebelum dia menutup mata.

    “Pakcik ni dah 70 tahun. Pakcik dah lama tengok orang Melayu ni berpecah-belah. Pakcik dari dulu lagi memang sokong kerajaan Melayu.

    “Dari dulu pakcik sokong (parti) kerajaan. Pakcik tak kisah asalkan Melayu. Kerajaan DAP-PH pakcik tak sokong.

    “Dulu PAS bergaduh dengan Umno. Siang malam bergaduh. Tak habis-habis. Tapi sekarang alhamdulillah, dah bersatu.

    “Pakcik tak suka tengok orang Melayu berpecah-belah. Sekarang ni kita ada kerajaan Melayu bawah Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Pakcik harap semua parti-parti Melayu ni bersatulah. Jangan bergaduh lagi. Umno, Bersatu, PAS jangan bergaduh lagilah. Nanti yang untung DAP. Nak bagi DAP memerintah lagikah?”

    Ini luahan seorang pakcik tua yang tidak tahu apa itu erti sepak terajang politik. Dia tidak faham siapa abang besar siapa abang kecil; dia tidak faham apa itu berebut kerusi;

    Dia tidak faham apa itu parti dominan; dia tidak faham soal parti mana yang layak jadi Perdana Menteri; Dia tidak faham parti mana yang patut bertanding di sana di sini. Dia tidak faham semua itu. Dia tidak faham dan tidak tahu semua itu. Yang dia tahu dia mahu melihat orang Melayu bersatu padu. Dia pegang tangan saya. Mata dia bergenang.

    “Pakcik taknak nanti sebab kita orang Melayu berebut nak jadi Perdana Menteri akhirnya kita berpecah. Jangan sampai satu masa nanti sebab kita berpecah Lim Guan Eng tiba-tiba dapat jadi Perdana Menteri!

    “Kau kenal orang-orang atas ni? Kau tolong sampaikanlah pada dia orang, orang Melayu ni ramai atas pagar tapi sokong kerajaan orang Melayu. Kami ni taknak tengok Melayu berpecah lagi,” rayu pakcik tua itu pada saya.

    PAS janji akan satukan semua

    Saya katakan padanya bahawa PAS insya-Allah akan terus berusaha agar semua parti ini dapat bersatu menjelang Pilihan Raya Umum ke 15. Kami mahu kalau boleh parti Amanah pun dapat bersama-sama dengan kita kalau mereka sanggup meninggalkan DAP.

    Saya katakan pada pakcik itu bahawa bukan mudah untuk menyatukan orang-orang politik yang masing-masing ada niat tertentu. Bukan semua ikhlas.

    Perbualan saya dengan pakcik tua ini adalah satu contoh betapa sucinya harapan akar umbi Melayu (bukan akar umbi parti-parti politik) yang sangat ingin melihat orang Melayu bersatu membentuk kerajaan yang kuat bersama-sama dengan rakan-rakan bukan Melayu yang lain yang tidak ekstrem.

    Mereka sangat bimbang sekiranya perbalahan di antara parti-parti politik Melayu ini akhirnya akan menyebabkan orang Melayu akan kalah, hidup terbangsat di bawah tapak kaki DAP.

    “Agaknya jadi pembangkang 22 bulan hari tu tak rasa insaf agaknya? Nak sampai jadi pembangkang sepuluh tahunkah baru nak insaf?” soal pakcik tua itu lagi. Sebenarnya di luar sana ada ramai orang-orang Melayu yang duduk di posisi atas pagar yang sangat ingin melihat orang Melayu menjadi kuat dan memerintah negara ini dengan majoriti yang selesa.

    Janganlah kita menghampakan impian mereka dengan politik sempit dan menjaga kepentingan peribadi kita semata-mata dan tidak mahu bertolak ansur sehingga kita umpama membunuh diri dengan bertanding tiga penjuru dalam PRU15 akan datang.

    Jika berlaku pertandingan tiga penjuru DAP-PH akan menang dan memerintah kita semua. Dengarlah luahan akar umbi Melayu. Marilah kita bersatu dalam tawaran baharu terbaik untuk orang Melayu PERIKATAN NASIONAL (PN).

    IBNU JANIE
    EDITOR
    Berita PAS Melaka dan WARM
    Jabatan Penerangan PAS Melaka.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDefinisi Ramadhan Yang Membentuk Peribadi
    Next Article Kes Rogol ADUN: Saksi Sahkan Terdapat Dua Kesan Koyakan Baharu
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    PMX kian terdesak?

    26/04/2023

    Rumah terbuka Aidilfitri, bukankah sepatutnya kerajaan berjimat cermat?

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.