Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Institut Serum India terjejas angkara sekatan eksport vaksin COVID-19
    Global

    Institut Serum India terjejas angkara sekatan eksport vaksin COVID-19

    adminBy admin07/04/2021Updated:07/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    MUMBAI: Sekatan eksport vaksin COVID-19 menjejaskan operasi Institut Serum India (SII) apabila terdesak memerlukan bantuan kewangan kerajaan berikutan pengeluar vaksin terbesar dunia kini sedang mengalami tekanan dari negara yang mengalami peningkatan mendadak kes jangkitan wabak pandemik itu.

    Ketua Pegawai Eksekutif SII, Adar Poonawalla, berkata apabila berlaku tekanan, ia bermaksud kapasiti pengeluaran vaksin COVID-19 dalam keadaan ‘sangat tertekan’.

    “Dunia memerlukan vaksin ini dan kita mengutamakan keperluan India sekarang ini serta kita juga sedang berdepan kekurangan untuk membekalkannya untuk setiap rakyat India yang memerlukan.

    “Syarikat kini memerlukan dana tambahan berjumlah 30 bilion rupee (RM1.68 bilion) untuk meningkatkan kapasiti dan sudah memohon bantuan kewangan dari kerajaan. “Ini tidak pernah dijangkakan atau dirancang pada awalnya kerana kami sepatutnya mengeksport serta mendapatkan dana dari negara-negara eksport, tetapi sekarang ia tidak berlaku, kami perlu mencari kaedah inovatif lain untuk membangunkan kapasiti kami,” katanya kepada NDTV semalam.

    Bulan lalu, kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Narendra Modi, memberhentikan eksport vaksin AstraZeneca yang dihasilkan SII berikutan India, negara berpopulasi 1.3 bilion orang berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19.

    SII yang sehari dapat menghasilkan lebih dua juta dos vaksin AstraZeneca atau nama tempatannya Covishield, membekalkan suntikan pada harga subsidi sekitar 150 rupee (RM8.33) di India, jauh lebih rendah berbanding harga untuk eksport.

    “Harga yang ditetapkan adalah menguntungkan, namun ia tidak cukup menguntungkan untuk membuat pelaburan semula bagi membangunkan kapasiti,” kata Poonawalla.

    SII yang mencatatkan pendapatan tahunan melebihi AS$800 juta (RM3.3 bilion) pada 2019-2020, menyaksikan nama entiti itu melonjak sejak pandemik itu meletus selepas beberapa negara termasuk Britain, Brazil dan Afrika Selatan berebut-rebut membeli vaksinnya.

    Syarikat itu juga memeterai perjanjian untuk membekalkan sebanyak 200 juta dos vaksin kepada COVAX, sebuah usaha yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari segi perolehan serta pengagihan inokulasi itu ke negara miskin.

    India mula memberi vaksin kepada rakyatnya yang berumur 45 tahun ke atas pada minggu lalu, dengan sasaran inokulasi membabitkan seramai 300 juta orang menjelang Ogos nanti.

    Setakat ini, sekitar 87 juta dos sudah diberikan.

    Negara itu mencatatkan lebih 100,000 kes jangkitan pada Isnin lalu buat kesekian kalinya, dengan New Delhi dan bandar-bandar lain terpaksa melaksanakan sekatan pergerakan dan perhimpunan awam bagi mengawal penularan penyakit. – AFP

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleEU kenakan sekatan baharu ekonomi terhadap junta Myanmar
    Next Article Kenyataan media Kementerian Luar Negeri
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.