Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kerajaan negeri sedia RM200,000 setiap kampung baiki paip air bukit
    Am

    Kerajaan negeri sedia RM200,000 setiap kampung baiki paip air bukit

    adminBy admin07/04/2021Updated:07/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ALOR SETAR | Kerajaan negeri menyediakan peruntukan maksimum RM200,000 bagi membaiki sistem saluran paip dari kolam tadahan air bukit di setiap kampung yang mempunyai kemudahan tersebut di daerah Sik dan Baling.

    Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membaiki segala kerosakan yang terdapat pada sistem perpaipan dan saluran air bukit di kawasan terlibat.

    “Kerajaan bersetuju membaiki sistem paip air masyarakat yang terjejas. Kita akan memperuntukkan maksimum RM200,000 bagi membaiki serta menyelenggara paip air masyarakat setiap kampung terlibat,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di di sini, semalam.

    Bagaimanapun, Muhammad Sanusi tidak menyatakan jumlah kampung yang terlibat di kedua-dua daerah itu.

    Dalam pada itu, beliau menambah, masalah bekalan air yang keruh dan berselut dihadapi penduduk yang menggunakan air kolam tadahan dari bukit merupakan perkara biasa yang berlaku setiap kali musim hujan.

    Jelasnya, bekalan air masyarakat itu sebenarnya tidak keruh dan berselut pada setiap hari.

    “Kebiasaannya penduduk kampung akan membuat kutipan bagi mengupah individu tertentu untuk membersihkan kolam tadahan tersebut daripada sampah serta selut.

    “Kalau tidak selenggara, memanglah paip itu tersumbat dengan selut dan sampah menyebabkan benda-benda itu turun ke paip,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan keadaan itu berpunca daripada aktiviti pembalakan yang sedang berjalan di situ.

    “Mungkin jugalah kesan daripada aktiviti pembalakan yang diluluskan sebelum ini,” katanya.

    Utusan Malaysia semalam melaporkan perbalahan mengenai bekalan air mentah di Sungai Muda perlu diketepikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa.

    Perbalahan itu tidak mendatangkan manfaat ketika ramai penduduk khususnya di Kedah masih memerlukan fokus daripada kerajaan bagi mengatasi masalah air.

    Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) merangkap Sekretariat Sahabat Ulu Muda (FOuM), R. Meenakshi berkata, ketika perdebatan panas berlaku antara kedua-dua negeri, air dari hulu Sungai Muda terus terancam berikutan kegiatan pembukaan hutan, pembalakan dan perlombongan. -UTUSAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMuhyiddin mahu semua harungi bersama pemulihan COVID-19
    Next Article Lelaki Pakistan pengsan kemaluan dipotong
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.