KOTA BHARU | Lima unit pondok musnah dalam kebakaran di Madrasah Diniah di Pasir Tumboh di sini, hari ini.
Dalam kjadian jam 2.40 pagi itu, hanya seorang mangsa sahaja berada di pondok berkenaan dan pondok lain kosong kerana semua penghuni pulang ke rumah masing-masing.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.43 pagi.
Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, tujuh anggota dari BBP Tunjong dan 10 dari Kota Bharu bergegas ke lokasi kejadian.




“Sebaik sampai, kami terus membuat operasi pemadaman secara ofensif di lima pondok berukuran 10×15 kaki yang terbakar 90 peratus dan berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke pondok berhampiran yang berjumlah 12 unit.
“Api berjaya dipadam pada jam 4.20 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian hanya seorang remaja yang ada di pondoknya dan ketika kejadian dia sedang membasuh baju dalam jarak 30 meter dari kebakaran.