Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Rakaman suara mirip Anwar dan Zahid tersebar
    Politik

    Rakaman suara mirip Anwar dan Zahid tersebar

    alisha natashaBy alisha natasha07/04/2021Updated:07/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Pergolakan politik di Malaysia nampaknya belum menunjukkan tanda mahu reda atau ‘berehat’ seketika bagi memberi laluan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan melandaikan lekuk Covid-19.

    Terbaharu, suasana politik negara kembali ‘panas’ apabila tersebarnya satu rakaman suara yang didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial.

    Rakaman yang dimulakan dengan ucapan salam serta dipenuhi dengan gelak ketawa itu, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO.

    Menerusi perbualan telefon itu, suara terbabit mengakui bahawa dia sudah tidak mengikuti PAU secara lebih dekat.

    “Saya sudah 22 tahun baru saya ‘follow’ (ikut) Perhimpunan Agung UMNO, I tengok ucapan ‘you’ bagus, ‘you’ ada ‘mention’ MT (Majlis Tertinggi), kemudian ‘end off point’ kita nak ‘finish the game’, tapi kalau ‘you’ dah fikir untuk mandat tu oklah cuma ada kerja sikit dengan MT lah,” katanya.

    Namun suara balas yang dipercayai milik Ahmad Zahid mengatakan bahawa ucapannya di PAU hanya teknikal dan sudah mendapat mandat yang kukuh daripada perwakilan.

    “You tahu siapa cikgu saya kan. Cikgu saya yang mengajar ucapan ini orang saya sedang bercakap inilah,” katanya sambil ketawa bersama.

    Banyak perkara yang dibincangkan dalam perbualan telefon terbabit antaranya DAP lebih baik dalam membuat kesimpulan berbanding daripada keputusan MT UMNO.

    Selain itu, rakaman suara tersebut turut membincangkan berkenaan Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditolak serta di’boo’ oleh perwakilan ketika berucap dalam perhimpunan tersebut.

    Kedua suara tersebut juga turut menyifatkan Menteri UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) sebagai penakut kerana tidak berani meletakkan jawatan.

    Malah sebelum berakhir perbualan mereka, suara mirip Anwar mengarahkan individu dipercayai Ahmad Zahid untuk melaksanakan mesyuarat tergempar MT.

    Perbualan terakhir suara mirip Anwar memberitahu bahawa usaha mereka masih belum berakhir dan mengarahkan individu dipercaya Ahmad Zahid itu untuk melaksanakan mesyuarat tergempar MT.

    Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, parti itu membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) pada bila-bila masa.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLima pondok terbakar
    Next Article Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.