Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Apakah datuk taki bakal menggalas jawatan yang lebih besar
    Politik

    Apakah datuk taki bakal menggalas jawatan yang lebih besar

    adminBy admin08/04/2021Updated:08/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Dengan pengukuhan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS menerusi Perikatan Nasional (PN) bakal melihatkan beberapa tokoh politik kedua-dua parti tersebut menggalas tanggungjawab yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15 nanti.

    Ketua ARMADA BERSATU Bahagian Kota Bharu, Mohd Ekhwan Mohd Hatta berkata, tokoh tersebut bakal menyandang jawatan penting dalam usaha memakmurkan rakyat.

    “Kami di sini mendengar khabar angin mendakwa Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) antara tokoh tersebut.

    “Datuk Takiyuddin sememangnya sudah berperanan sangat besar dalam pembentukan dan pengukuhan PN dan memang sewajarnyalah tokoh daripada parti PAS tersebut diberikan peluang untuk mencurah bakti yang lebih besar,” katanya.

    Mohd Ekhwan berkata, Takiyuddin sememangnya layak dalam melaksanakan tugas serta amanah yang akan diberikan kelak.

    Katanya, untuk itu, ARMADA Bahagian Kota Bharu tidak menolak kemungkinan Setiausaha Agung PAS itu diberi tugas untuk memimpin sebuah kerajaan negeri.

    “Budi dan jasa Ahli Parlimen Kota Bharu sangatlah banyak dan pastinya kita di sini akan merasa kehilangannya sekira ianya berlaku.

    “Namun begitu, parti BERSATU dan PAS di Kota Bharu terus bersiap sedia dalam menghadapi PRU 15 dengan panji-panji PN.

    “Kami berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ruang dan kepercayaan kepada pemimpin BERSATU untuk mengisi kekosongan itu sekiranya berlaku.

    “Kita yakin berjaya dan sanggup bekerja keras dengan sepenuh komitmen untuk terjemahkan kepercayaan tersebut dengan sebuah kemenangan PN di Kota Bharu,”katanya.

    Dalam perkembangan lain Mohd Ekhwan berkata, BERSATU Kota Bharu kini sudah mempunyai 37 cawangan dengan ahli seramai 5,000 orang.

    “Sejak Mac tahun lalu, kita telah mengadakan 100 program untuk menyatukan rakyat di sini dan Alhamdulillah kepimpinan BERSATU semakin kukuh.

    “Gandingan ARMADA dan Srikandi juga semakin kuat dan ini memberi keyakinan untuk kita berjaya dalam PRU 15 nanti,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSiaran Media Kementerian Luar Negeri
    Next Article Negeri Kelantan akan menjadi tumpuan dalam PRU 15
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.