KOTA BHARU | Setiap kejayaan yang dikecapi sudah pastinya ia memerlukan pengorbanan dan mempunyai cabaran ataupun liku-liku perjalanannya tersendiri.
Beruntunglah jika kejayaan yang dicapai tanpa perlu hadapi onak dan liku, namun bersyukurlah bagi yang terpaksa melalui kucah kehidupan sebelum menggenggam kejayaan.
Kerana ALLAH SWT susah mengatur sebaik-baik perjalan hidup buat umatnya di dunia ini dan hanya tinggal bagaimana seseorang itu sanggup menghadapinya.
Begitu juga dengan kisah kegigihan seorang bapa yang menghantar anak lelakinya ke Maktab Rendah Sains Mara Muar yang tular di media sosial hari ini.
Meskipun berkongsian seorang warga maya menggunakan nama Musa Muhamad Ali menimbulkan sebak dalam kalangan nitezen namun semuanya itu sudah pastinya meninggalkan kenangan terindah buat si anak dan ibu bapanya.
Sehingga jam 10 malam ini, kisah berkenaan dikongsikan oleh 1,751 warga maya yang mendapat pelbagai reaksi mengikut pandangan masing-masing.

Seharusnya, kisah yang dikongsikan itu menjadi pembakar semangat kepada semua adik-adik pelajar untuk terus berusaha menjadi seorang insan berguna kepada keluarga dan membawa kebaikan kepada dunia.
Tidak mustahil adik yang membonceng motosial bersama bapanya itu hari ini suatu hari nanti memegang jawatan tinggi dan lebih penting menjadi seorang insan paling membanggakan keluarganya.
Tindakan dua beranak tersebut menimbulkan sebab dan rasa kagum buat warga maya dengan mengirimkan kata-kata indah diibaratkan doa buat si adik yanh bertuah itu.
Memetik kata-kata, Norhazaliah Zainal “Semoga adik ini menjadi murid cemerlang dan warga yang hebat suatu hari nanti,” doanya.
Amir Hamzah Saufi pula menitipkan kata-kata pujian “Tahniah si bapak dan ibunya yang berjaya mendidik anak untuk bersyukur. Anda orang yang hebat,” tulisnya.
–