Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ahli arkeologi Mesir temui ‘kota emas’ Firaun
    Global

    Ahli arkeologi Mesir temui ‘kota emas’ Firaun

    adminBy admin09/04/2021Updated:09/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KAHERAH | Ahli arkeologi menemui tinggalan sebuah kota purba di padang pasir di luar Luxor, yang juga penemuan terbesar pernah disaksikan di Mesir.

    Penemuan kota emas yang dibangunkan ketika zaman kegemilangan Firaun 3,000 tahun lalu itu diumumkan oleh pakar arkeologi terkenal Mesir, Dr Zahi Hawass.

    Pasukan penggalian tapak arkeologi itu, dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan kota lama itu ditemui berhampiran Luxor iaitu Valley of the Kings (Lembah Raja), yang menyimpan pelbagai lagenda pemerintah Firaun.

    “Pasukan arkeologi di bawah Hawass menemui kota ini semalam, tertimbus di bawah pasir.

    “Ia berusia sekitar 3,000 tahun, berasal dari era pemerintahan Amenhotel III dan terus digunakan oleh Tutankhamun dan Ay,” kata pasukan penggalian itu.

    Profesor Seni dan Arkeologi Mesir di Unversiti Johns Hopkins, Betsy Bryan berkata, ia adalah penemuan arkeologi kedua terpenting selepas penemuan makam Tutankhamun hampir satu abad lalu.

    Hawass berkata, antara objek yang ditemui bersama barangan kemas ialah bekas tembikar berwarna, azimat berbentuk kumbang ‘scarab’ dan batu bata tertera lambang Amenhotep III.

    “Banyak misi arkeologi asing cuba mencari kota tetapi tidak pernah menemukannya,” kata Hawass yang juga bekas Menteri Antikuiti Mesir.

    Pasukan Hawass memulakan pencarian pada September 2020, di lokasi antara kuil Ramses III dan Amenhotep III dekat Luxor, kira-kira 500 kilometer (km) di selatan Kaherah.

    Dalam tempoh beberapa minggu, mereka dikejutkan dengan penemuan struktur batu bata di pelbagai arah, membentuk sebuah kota besar yang masih berkeadaan baik.

    Struktur temboknya hampir lengkap dan ruangan dipenuhi dengan alatan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

    Selepas penggalian selama tujuh bulan, beberapa kawasan kejiranan ditemui termasuk sebuah kedai roti yang lengkap dengan ketuhar dan bekas simpanan tembikar selain pusat pentadbiran dan kediaman.

    Menurut kenyataan pasukan penggalian, lapisan arkeologi yang dijumpai masih terpelihara selama ribuan tahun seolah-olah ia baru saja ditinggalkan oleh penduduk purba.

    Penemuan kota lama yang begitu lengkap itu dijangka memberi sekilas pandangan mengenai kehidupan orang Mesir purba pada masa mereka berada di puncak kegemilangan dan kekayaan.

    Pasukan penggalian juga yakin akan menemui lebih banyak khazanah dan sudah pun menemui kawasan makam yang dihubungkan oleh tangga yang diukir pada bongkah batu, sama seperti di Lembah Raja. – AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePAS Melaka ucap takziah kepada Ketua Menteri
    Next Article Peserta Dapur Hijau mampu jadi usahawan tani
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.