PUTRAJAYA | Malaysia telah mengemukakan beberapa perkara khas semasa Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) ke 10 yang berlangsung semalam.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sidang video yang mengetuai delegasi Malaysia itu memengetengahkan beberapa program khas dirangka Kerajaan Malaysia bagi memperkasakan golongan belia dalam bidang digital dan teknologi.
“Antaranya termasuk inisiatif belia dan teknologi, kandungan digital, pertanian pintar dan juga penggunaan platform digital dalam bidang pendidikan dan latihan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tema Sidang Kemuncak D-8 pada tahun ini ialah ‘Partnership for a Transformative World: Harnessing the Power of Youth and Technology’, menggambarkan potensi besar golongan belia dan teknologi yang boleh mencipta peluang pekerjaan, seterusnya menyumbang ke arah pemulihan ekonomi.
Sidang video berkenaan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wazed selaku Pengerusi Sidang Kemuncak D-8 ke-10.
Antara pemimpin negara anggota D-8 yang turut serta dalam sidang video tersebut ialah Presiden Iran, Hassan Rouhani; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan; Presiden Pakistan, Imran Khan; dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Muhyiddin juga berkata, melihat kepada pelaksanaan program pemberian vaksin Covid-19 yang telah bermula di kebanyakan negara, beliau turut mengambil kesempatan mencadangkan kepada sidang tentang kemungkinan untuk negara anggota D-8 melaksanakan Pengiktirafan Sijil Vaksin COVID-19 timbal balas.
“Saya percaya langkah ini boleh mempercepatkan pembukaan semula sektor-sektor yang terkesan teruk akibat pandemik ini.
“Akhir sekali, saya turut menggesa semua negara anggota D-8 bekerjasama rapat untuk mengawal penularan jangkitan Covid-19, mengelak lebih banyak kematian, memulakan semula ekonomi dan yang paling utama, menangani masalah kemiskinan yang semakin serius akibat pandemik ini.
“Strategi untuk membasmi kemiskinan mestilah tertumpu kepada penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan, pegembangan pendidikan dan pusat latihan, serta pemodenan kehidupan di luar bandar,” katanya.
Katanya, kesemua itu boleh dilaksanakan dan ditangani dengan memastikan akses kepada vaksin yang adil kepada semua.
Tema Sidang Kemuncak D-8 pada tahun ini ialah ‘Partnership for a Transformative World: Harnessing the Power of Youth and Technology’, menggambarkan potensi besar golongan belia dan teknologi yang boleh mencipta peluang pekerjaan, seterusnya menyumbang ke arah pemulihan ekonomi.
Pada sidang yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wazed, saya telah mengetengahkan beberapa program khas yang dirangka oleh Kerajaan Malaysia bagi memperkasakan golongan belia dalam bidang digital dan teknologi.
Antaranya termasuk inisiatif belia dan teknologi, kandungan digital, pertanian pintar dan juga penggunaan platform digital dalam bidang pendidikan dan latihan.
Melihat kepada pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19 yang telah bermula di kebanyakan negara, saya mengambil kesempatan mencadangkan kepada sidang tentang kemungkinan untuk negara anggota D-8 melaksanakan Pengiktirafan Sijil Vaksin COVID-19 timbal balas.
Saya percaya langkah ini boleh mempercepatkan pembukaan semula sektor-sektor yang terkesan teruk akibat pandemik ini.
Akhir sekali, saya turut menggesa semua negara anggota D-8 bekerjasama rapat untuk mengawal penularan jangkitan COVID-19, mengelak lebih banyak kematian, memulakan semula ekonomi dan yang paling utama, menangani masalah kemiskinan yang semakin serius akibat pandemik ini.
Strategi untuk membasmi kemiskinan mestilah tertumpu kepada penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan, pegembangan pendidikan dan pusat latihan, serta pemodenan kehidupan di luar bandar. Semua ini boleh dilaksanakan dan ditangani dengan memastikan akses kepada vaksin yang adil kepada semua.