Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PAS tangguh rundingan kerusi dengan UMNO, teruskan dengan PPBM, kata Hadi
    Politik

    PAS tangguh rundingan kerusi dengan UMNO, teruskan dengan PPBM, kata Hadi

    adminBy admin09/04/2021Updated:09/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PETALING JAYA: Rundingan kerusi PAS dengan
    Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ditangguh bagi memberi ruang kepada Umno menyelesaikan isu dalaman, kata Abdul Hadi Awang.

    Presiden PAS itu berkata, rundingan pengagihan kerusi dengan PPBM, bagaimanapun, diteruskan.

    “Itu (isu pembahagian kerusi) tertakluk kepada Umno menyelesaikan masalah mereka dulu, kerana (dulu) sudah ada jawatankuasa (rundingan kerusi) dibentuk tapi Umno ubah di tengah jalan.

    “Sehingga kini, oleh kerana Umno ada masalah, kita bincang dengan PPBM dulu,” kata beliau ketika ditanya berkenaan perkembangan berhubung agihan kerusi dengan parti rakan, selepas menyampaikan kuliah duha mingguan secara dalam talian di Masjid Rusila, Marang.

    Umno dilihat sedang dalam keadaan berpecah-belah dengan beberapa pemimpin mendesak presidennya, Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan, khususnya selepas beliau didakwa cuba menjalin kerjasama dengan PKR.

    Zahid dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menafikan mereka mengadakan sebarang perbincangan sebegitu, namun desakan dalam kalangan pemimpin Umno mahukan Zahid berundur terus lantang.

    Mengulas keputusan Umno Terengganu tidak mahu bekerjasama dengan PAS dan PPBM dalam pilihan raya, Hadi berkata ia hanya pandangan di peringkat negeri, justeru belum muktamad.

    Kata beliau, apa yang lebih penting, perpaduan ummah dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bersama masyarakat majmuk lain perlu dipertahan.

    “Kita akan melihat perkembangan semasa, kerana dalam Umno sendiri pun tidak sekata, kita masih lagi menyeru kepada perpaduan ummah Islam dan masyarakat majmuk,” tambah beliau seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today.

    Hadi berkata, permuafakatan yang diinginkan PAS berbentuk menyeluruh dan tidak terhad kepada Umno sahaja.

    Beliau menegaskan tidak semua dalam Umno yang menyokong menamatkan kerjasama dengan PPBM, dan PAS tetap akan berusaha mendirikan penyatuan ummah yang menyeluruh.

    “Perpaduan umat Islam ini ialah dalam Muafakat Nasional (MN) bukan sahaja PAS dengan Umno, termasuk PPBM. Itu dasar, prinsip bersama kita telah bersetuju.

    “Tapi masalah pimpinan Umno tak ikut itu hak merekalah dan difahamkan bukan semua orang Umno begitu (menolak kerjasama dengan PPBM).

    “Kita nak menyatukan orang Melayu. Bukan PAS dengan Umno sahaja Melayu. Melayu ini ada NGO, individu,” kata Hadi.

    Beberapa pemimpin Umno sebelum ini mendesak PAS untuk memilih sama ada bekerjasama dengan tunjang Barisan Nasional itu atau PPBM pimpinan Muhyiddin Yassin bagi menghadapi PRU15.

    PAS menegaskan ia tetap akan bekerjasama dengan PPBM menerusi Perikatan Nasional dan menolak Umno dalam membentuk sebarang penjajaran baharu dengan Pakatan Harapan.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Kedudukan Zahid makin goyah’
    Next Article Tawaran kerajaan selamatkan rakyat: Negara berkebajikan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.