Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PH namakan Anwar calon PM pada PRU15
    Politik

    PH namakan Anwar calon PM pada PRU15

    adminBy admin09/04/2021Updated:09/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Perkara itu diputuskan ketika pemukiman pimpinan PH yang diadakan selama dua hari di Port Dickson yang bermula pada Khamis.

    Dalam satu kenyataan pada Jumaat, PH menyatakan Anwar yang juga merupakan Pengerusi gabungan itu akan turut mengetuai kempen PRU yang akan datang.

    “Kami mengulangi ikrar, tekad dan iltizam untuk terus memperkukuh PH dalam mendepani PRU15 dan seterusnya memaparkan upaya untuk mentadbir dan memerintah Negara dengan amanah, demokratik dan adil.

    Kami akan menggerakkan semua wakil rakyat dan pimpinan negeri untuk memerah seluruh potensi dan keupayaan bagi menangani isu-isu dasar berkait pemulihan Ekonomi dan kesejahteraan Rakyat.

    “Kami juga akan meneruskan proses libat urus bersama semua pemegang taruh untuk membentuk manifesto PH,” menurut kenyataan itu memetik Sinar Harian.

    PH dalam kenyataan yang sama turut menyatakan pendiriannya yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak berdasarkan prinsip dan agenda reformasi demi kepentingan Rakyat.

    Sementara itu, PH juga menyatakan pengiktirafannya terhadap potensi dan kepentingan wilayah Sabah dan Sarawak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi baharu bagi memacu pembangunan negara.

    Menurut kenyataan, pengiktirafan tersebut perlu diselarikan dengan jaminan pengagihan sumber yang lebih saksama, seiring dengan sinergi pembangunan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan.

    Gabungan tersebut memaklumkan siri jelajah ke negeri-negeri akan dimulakan untuk memberikan penerangan kepada Rakyat berkait pendirian dan tawaran Pakatan Harapan menyentuh isu ekonomi rakyat, kestabilan politik dan krisis pandemik Covid-19.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDAP mahu letak calon di Kelantan pada PRU15
    Next Article KPDNHEP rampas Baju T dan kasut tiruan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.