Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Saya akan sumpah nama Allah, saya tak cipta audio Zahid-Anwar’
    Politik

    ‘Saya akan sumpah nama Allah, saya tak cipta audio Zahid-Anwar’

    adminBy admin09/04/2021Updated:09/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz berkata dia akan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak mencipta rakaman audio yang didakwa melibatkan Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.

    “Untuk menghentikan polemik dan perbuatan tuduh menuduh ini, saya akan bersumpah atas nama Allah bahawa saya tidak terlibat mencipta audio Zahid-Anwar dan tidak terlibat dalam penyebarannya, melainkan hanya berkongsi dengan beberapa group WhatsApp bagi membuktikan saya benar dalam isu sokongan Zahid kepada Anwar dan mereka yang menafikan sokongan ini salah,” katanya.

    Zahid dan Anwar menafikan perbualan itu.

    Faisal turut berkongsi rakaman layar sebaran di sebuah kumpulan Whatsapp yang mendakwa audio itu dicipta dengan bantuan pasukannya dan seorang menteri Umno.

    Dia juga didakwa menyediakan skrip untuk perbualan itu.

    Faisal yang kini digantung keahlian dalam Umno selama dua penggal (kira-kira enam tahun) bagaimanapun turut menjemput Zahid untuk mengambil tindakan sama.

    “Sebelum saya bersumpah, saya ingin menjemput presiden Umno untuk bersumpah juga atas nama Allah bahawa suara dalam audio itu bukan suara beliau dan surat sokongan terhadap Anwar itu juga tidak benar dan beliau tidak terlibat dengan pemberian sokongan tersebut.

    “Mari kita lakukan majlis bersumpah ini di Surau Ar Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),” katanya.

    Faisal berkata dia akan menghubungi setiausaha kerja Umno Mohd Sumali Reduan untuk mengatur majlis itu.

    Rakaman audio itu mula tular dan menarik perhatian ramai sejak semalam.

    Lebih memanaskan keadaan ia diedarkan selepas perhimpunan agung Umno bersetuju menarik sokongan.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUmno 3.0 sedia ambil alih daripada Zahid, Najib, kata sumber dalaman
    Next Article Perak FC tawar jutawan ambil alih pasukan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.