KOTA BHARU | Kes COVID-19 di Kelantan meningkat lagi hari ini kepada 171 kes berbanding 143 kes semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 7,021 kes.
Katanya, satu kluster baharu direkodkan hari ini.
“Semua masyarakat diminta untuk terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama,” katanya di sini, hari ini.