Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Isi borang permohonan rentas negeri di balai polis – Ismail
    Am

    Isi borang permohonan rentas negeri di balai polis – Ismail

    adminBy admin10/04/2021Updated:10/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PETALING JAYA | Borang permohonan untuk rentas negeri hanya boleh diisi di balai polis saja, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Lapor Bernama, butiran serta bukti sahih juga perlu dikemukakan ketika permohonan itu dibuat.

    Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan atau anggota penguatkuasa yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam urusan memberi kebenaran rentas negeri.

    Katanya, amaran sama turut diberi kepada orang awam yang menyalahgunakan borang kebenaran rentas negeri termasuk membeli atau mendapatkan borang kosong dengan tandatangan dan cop palsu pihak berkuasa.

    “Orang awam perlu mengikut prosedur yang betul untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri dan tidak mengambil jalan mudah dengan memalsukan dokumen berkenaan.

    “Borang rentas negeri mesti dibuat di balai polis dengan butiran yang sahih. Jadi, tindakan tegas akan diambil jika ada cop dan tandatangan palsu (pada borang).

    “Malah, jika ada orang dalam (salah guna kuasa anggota penguat kuasa), tindakan tegas juga mesti diambil kerana ia satu pelanggaran undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, hari ini.

    Perjanjian usaha sama itu dimeterai Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnian Md Eusope dan Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mohktar yang disaksikan Ismail Sabri serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

    Semalam, polis di Shah Alam membuka kertas siasatan susulan tindakan individu membuat pemalsuan tandatangan pada borang rentas negeri kononnya milik Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 di sini, selepas gambar borang itu tular di media sosial.

    Sebelum ini, satu lagi kes seumpama itu turut dilaporkan berlaku membabitkan borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Ketua Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu, tular di media sosial, namun siasatan awal mendapati tandatangan itu dipalsukan.

    Sementara itu, mengulas kerjasama Pharmaniaga dan UMT bagi projek madu kelulut secara saintifik dan komersial, Ismail Sabri berkata, ia akan dibangunkan bagi memberi peluang penyertaan golongan B40 serta pesara tentera.

    Beliau berkata, projek itu bukan saja dapat mengembangkan potensi dan nilai komersial madu kelulut, malah dapat meningkatkan taraf ekonomi golongan berkenaan termasuk pesara tentera.

    “Sebagai permulaan, projek usaha sama ini menyasarkan penyertaan 1,000 pesara tentera untuk diberikan latihan kemahiran dan modal bagi mengusahakan ladang madu kelulut mengikut standard Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi menjamin kualiti produk,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWarga emas diberi perhatian khusus kerajaan
    Next Article Kerajaan negeri rayu rakyat Kelantan patuhi SOP
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.